Selesai sessi perjalanan makan angin ke Langkawi. Alhamdulillah sangat2. Perjalanan pegi dan balik dipermudahkan dengan bantuan Allah SWT. Ameen
Kali terakhir aku berada di Langkawi adalah lebih kurang 14 tahun yang lepas; time tu aku kecik sekolah rendah. Bile dah sampai sana, baru la nampak betapa cantik dan berubahnye Langkawi berbanding 14 tahun dulu!
Maka, aku nak kongsi sikit tentang pendapat aku tentang Langkawi:
1. Kereta Kabel Langkawi adalah mesti naik! Sape pegi Langkawi tapi enggan naik Kereta Kabel adalah super rugi! Atas tu siap ada jembatan gantung lagi! :D. Walaupon kena tunggu 2 jam tapi aku sgt puas hati. Tips: Kalo cuaca elok, jgn tangguh lagi.. terus naik kereta kabel ye? sbb kereta kabel tu berkaitan dengan cuaca.
2. Kereta sewa ada pelbagai jenis dan rupe. Kebetulan aku dapat Vios modified tinted super gelap. Hari pertama dan kena lalu road-block! demit, nasib baik tak kantoi :P
3. Berjaya Langkawi Resort adalah super best! View super cantik, chalet super gempak tapi pantai ada sikit kureng.
4. Telaga Air Panas masih tengah renovation, maka tak de ape yang menarik :P
5. Pegilah Galeri Perdana! Pegilah Galeri Perdana! Pegilah Galeri Perdana! Pegilah Galeri Perdana! Dalam tu ada byk barang2an, hadiah2 dan gambar2 Tun M sepanjang 25 tahun menjadi PM.
6. Kota Mahsuri! Busuk sbb diorang pegi ternak burung lak kat area tu.
7. Underwater World! Hmm... dalam TV nampak macam best, tapi bila dah sampai sana rasa macam tak best lak.
8. Singgah le makan kat warung2 kat sekitar Langkawi. Kitorang sempat singgah kat satu kedai makan ni, ikan bakar dia sedap wo!
9. Beras Terbakar! Tak de apa dah, tak payah pegi le kecuali kalo korang nak membeli kain batik tau kain pelikat.
10. Pantai Cenang! Cantik dan penuh aktiviti kat situ. Ada juge guest house murah2 yang ada kedai makan depan mata, ked ... |