Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Podsiar Aku Budak Setan: Nazihah

  • jojo
  • 18 years ago
  • 1,693

 

Podsiar adalah salah satu tambahan baru kepada kapasitor versi baru yang insya Allah siap selepas raya nanti. Podsiar ini dialih bahasa dari Podcast . Disebabkan saya tiada kepakaran dalam mengadun bunyi, maka kualiti yang bakal anda dengar mungkin tidak seberapa bagus tapi cukup untuk memberi gambaran dan pemahaman kepada anda tentang apa itu Podsiar.

Ya, saya tahu saya pandai-pandai mencipta perkataan sendiri. Maaf, Dewan Bahasa dan Pustaka agak lambat mencipta perkataan baru. Jika sudah ada perkataan khas utk Podcast dalam bahasa melayu, sila maklumkan kepada saya.

Kepada yang berminat untuk mendengar serba sedikit podsiar Aku Budak Setan: Nazihah bertajuk Dungu , sila download file dari ftp saya seperti di bawah:

Gunakan ftp client (cth: filezilla )

URL : ftp.kapasitor.net
username: podcast
password: podcast

Atau direct link menggunakan IE
ftp://podcast:podcast@kapasitor.net/

sais file: 11Mb
jenis file: OGG
Sila gunakan VLC player atau apa sahaja media player yang mampu membaca fail jenis ini.

P/s: saya terpaksa menyediakan muat turun ini secara ftp (File Transfer Protocol) bagi mengelakkan pemakanan bandwith melalui HTTP (Hypertext Transfer Protocol). Maaf.

Baca perbualan