Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Provokasi?

 

To whom it may concern,

 

Tuhan menjadikan manusia cukup sempurna. Cukup sempurna semua organ dan deria. Lebih dari itu tuhan anugerahkan kita dengan akal dan hati. Yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tapi tiada sesiapa pun yang dapat menafikan kewujudannya. Dua benda ini sebenarnya yang menentukan jalan hidup kita. Sebab itu bila kita bercakap atau menulis, kita disaran menggunakan kedua-duanya sekali. Tidak boleh bercakap/menulis mengikut perasaan (hati) semata-mata dan tidak boleh juga mengikut logic akal semata-mata. Setiap perbuatan kita harus dikawal oleh hati dan perasaan (pembetulan: oleh hati dan akal).

 

Terkongkong? Memang fitrah manusia hidup dikongkong. Setiap agama itu sendiri menetapkan peraturan atau ajaran yang harus diikuti oleh penganutnya. Jadi tidaklah hairan sekiranya kerajaan, sekolah, mahupun ibu bapa mempunyai peraturan atau undang-undang yang harus kita ikuti. Termasuklah laman web ini. Jadi, ikutlah fitrah manusia. Ikut garis-garis yang telah ditetapkan. Jangan jeritkan slogan KEBEBASAN kerana sesungguhnya manusia tidak akan beroleh kebebasan walau di mana sekalipun dia berada. Akurlah dengan ketetapan Ilahi ini. Kita boleh berjalan, makan dan berbuat apa-apa selagi garis aturan kita patuhi.

 

Provokasi hanyalah tindakan anak-anak kecil. Ambil contoh seorang budak yang masih diperingkat yang belum mampu membezakan antara yang hak dan yang batil. Apabila mereka ini dihalang kehendaknya, mereka akan meradang kerana mereka tidak faham antara yang benar atau salah. Adakah kita disini ada yang masih diperingkat itu? Jika ada, silalah pulang kepangkuan ibu masing-masing, minumlah dulu susu sepuas-puasnya dari kantung ibu kamu. Kamu masih belum layak menyatakan pendapat kamu kerana masih belum mampu menimbang antara baik dan buruk.

 

Saya dibesarkan dalam keluarga yang panas baran, jadi saya tahu betapa bodoh dan hodohnya manusia itu ketika marah. Kini setiap kali saya melihat seseorang yang sedang marah, saya hanya tersenyum dan berkata; kamu patut melihat cermin!

Baca perbualan