Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Jatuh, bangun semula dan kembangkan sayap

  • jojo
  • 17 years ago
  • 2,789

 

3 tahun lepas, semasa saya mula menulis Aku Budak Setan: Nazihah, ramai rakan saya mentertawakan saya. Saya kurang pasti sama ada mereka gelak kerana kebodohan cerita itu atau kerana kebodohan saya cuba melakukan sesuatu yang karut. Saya adalah graduan IT, bagaimana graduan IT boleh menulis novel? Tapi saya cuba berfikiran positif. Saya tidak akan tahu apa akhirnya jika awalnya tidak saya mulakan.

Bermula dari blogspot , saya membeli hosting khas untuk menempatkan cerita dan kerja-kerja freelance saya. Maka, lahirlah Kapasitor.NET: Research & Development. Sampai satu ketika, kerja freelance saya terlalu banyak sehingga saya tiada masa untuk menyambung cerita. Aku Budak Setan: Nazihah tergendala hampir setengah tahun. Pada masa itu, ramai pula yang menghantar mesej IM dan email kepada saya supaya saya meneruskan penulisan. Tapi bagaimana caranya untuk tidak menghampakan mereka tapi pada masa yang sama membuat kerja-kerja freelance? Maka, saya terfikir satu idea gila yang baru. Menaiktaraf kapasitor supaya pembaca cerita saya dapat menghasilkan karya mereka sendiri.

kapasitor v1

 

Gambar 1: kapasitor versi pertama

kapasitor v2

Gambar 2: kapasitor versi 2a

kapasitor v3

Gambar 3: kapasitor versi 2b

kapasitor v4

Gambar 4: kapasitor versi 2c

Maka, lahirkan Kapasitor.NET, Portal Novel Underground. Saya rasa, keputusan yang saya ambil adalah tepat. Semakin ramai yang mempunyai bakat terpendam, mula menampakkan belang mereka. Bermula dengan saudara Cahatomic, disusuli pula dengan Uculer, kemudian saudari Sezzy, saudara Snubnosse dan ramai lagi (maaf, terlalu ramai anda ini hingga saya tidak mampu menulis satu persatu) Terbaru, kita dikejutkan dengan karya Rukiahana yang nyata menyengat, mantap dan tiptop.

Secara perlahan-lahan dalam sedar atau tidak, mereka ini telah berupaya membentuk satu kumpulan peminat mereka sendiri. Setiap cerita yang dihantar amat ditunggu-tunggu. Setiap debar dibalas dengan kepuasan membaca daripada penulisan yang ikhlas lahir dari sanubari. Semakin lama, penulisan mereka semakin matang dan bertenaga. Sebagai contoh; jika novel pertama Cahatomic (Adoi Saliha) menampakkan gaya penulisan bagai bayi baru belajar merangkak, kini novel beliau bertajuk Lelaki Suci Terakhir telah menampakkan kematangan beliau dalam bidang ini. Syabas saudara sucitomic. Hasil usaha yang tidak mengenal jemu itu diiktiraf ramai apabila kekal berada di carta top 5 sehingga ke hari ini.

Kita harus menerima hakikat bahawa tiada seorang pun yang lahir di dunia ini sudah pandai menulis. Tidak ada manusia yang lahir terus sahaja mempunyai kreativiti untuk menyampaikan ideanya secara menulis. Hanya pengalaman dan hasil usaha yang gigih yang mampu mematangkan penulisan kita. Yang membuatkan manusia itu sentiasa berada di takuk lama adalah ketakutannya untuk menghadapi cabaran.

Setiap kejayaan bermula daripada langkah pertama.

Hari ini, sekali lagi saya mengambil keputusan untuk membuat satu lagi kerja gila. Kapasitor.NET: Portal Novel Underground ini akan dinaiktaraf lagi menjadi Kapasitor: Komuniti Novel Underground. Hal ini demikian kerana saya mahu kapasitor diterima secara global. Saya mahu seluruh dunia berkongsi perasaan gembira penulis-penulis seperti Cahatomic, Uculer dan Rukiahana. Saya mahu bakal penulis-penulis di seluruh dunia yang selama ini memendamkan bakat mereka, tampil kehadapan dan membina empayar peminat mereka sendiri. Jika selama ini anda terhibur dengan penulisan mereka, tidakkah anda terasa yang anda juga mampu menjadi seperti mereka? Tidakkah anda terasa yang anda juga mampu memiliki kumpulan peminat tersendiri yang sentiasa sabar menunggu karya anda untuk dibaca?

kapasitor v5

Gambar 5: kapasitor versi 3

Saya tidak mampu membantu masyarakat dengan wang ringgit, tetapi saya harap apa yang saya lakukan ini dapat membantu generasi saya lebih berani dan lebih berkeyakinan. Saya tahu apa yang saya lakukan ini adalah satu usaha yang kecil. Tetapi, sokongan dari saudara Xr betul-betul membuatkan saya bersemangat untuk menghadapi cabaran selepas ini. Malahan, sokongan yang para pembaca dan penulis berikan sebenarnya bagaikan satu percikan api dalam gumpalan jerami. Insya Allah, saya akan terus berusaha supaya komuniti ini akan sentiasa bernyawa. Dan saya berharap komuniti ini akan terus berkembang dengan bantuan anda semua.

Bantulah kapasitor berkembang ke pelusuk dunia.
Hebahkan kapasitor pada rakan-rakan anda.
Canangkan kapasitor dalam blog dan forum anda.

Kenapa saya gunakan nama kapasitor?

Kapasitor adalah satu komponen elektronik dalam setiap litar perkakas elektrik atau elektronik. Kebolehan komponen elektronik ini menyimpan dan membebaskan cas merupakan metafor yang adil untuk komuniti ini. Sudah sampai masanya anda membebaskan cas yang selama ini terpendam di dalam diri anda. Beranilah tampil ke hadapan dan kapasitorkan diri anda.

Semoga usaha yang baik dan istiqamah ini akan diberkati Allah.

Kapasitor: Komuniti Novel Underground bakal diselesaikan selewat-lewatnya pada Januari 2007 bersempena menyambut ulangtahun yang ke-3. Berikut adalah beberapa tambahan baru yg bakal anda lihat.

Penambahan isi kandungan.Seksyen baru; Prosa akan diperkenalkan. Seksyen ini merangkumi cerpen, puisi, sajak, pantun atau apa sahaja genre penulisan yang ringkas.Podsiar. Podsiar akan digunakan sebagai tambahan nilai kepada novel. Podsiar ini bakal membantu mengoptimumkan lagi kepuasan anda ketika membaca novel. Walau bagaimana pun, podsiar ini tidak terhad kepada novel sahaja. Di sini, kreativiti anda boleh berkembang lebih jauh jika seksyen ini dimanipulasi dengan bijak.Istimewa. Seksyen ini akan memberi anda info tentang review buku, temuduga dengan para penulis, aktiviti komuniti dll. Walau bagaimanapun, seksyen ini tidak diberikan kepada ahli-ahli. Administrator sahaja yang boleh menggunakan seksyen ini.
Perubahan antara muka(interface)Dengan bantuan saudara Xr, antara muka ini lebih kemas dan mantap dengan warna biru; warna yang sesuai untuk membantu mata anda membaca.Log masuk interaktif. Penggunaan flash semasa login bakal memberikan anda sedikit perasaan hip dan ekstasi.Chatroom: dengan bangganya diberitakan bahawa shoutbox kapasitor akan digantikan dengan chatroom yang lebih baik. Di sini, anda bakal mengetahui siapakah yang online dan anda mampu berkomunikasi secara terus dengan orang itu. Penambahan bahasaUntuk permulaan, bahasa Inggeris anda ditambah. Semua karya yang menggunakan bahasa Inggeris akan diasingkan ke bahagian ini.Bahasa lain akan bertambah dari semasa ke semasa.
Webpage individualWebpage ini diberikan secara percuma dengan url yang mudah untuk diingati. Seperti mana blogspot, seksyen ini hanya diberikan untuk ahli-ahli yang berdaftar sahaja.Theme webpage ini boleh ditukar mengikut template yang diberikan sahaja. Saya tidak mampu menjanjikan 100% customization ke atas seksyen ini kerana kekurangan tenaga kerja.
Penaiktarafan teknikal.Newsletter bulanan kepada para ahli.Pengoptimuman skrip web.Pengawalan pengkalan data yang lebih cekap.Panel kawalan yang lebih cekap.Pencarian yang lebih baik.Sekyen muat turun yang lebih baikSeksyen penanda yang lebih baik.Seksyen forum yang lebih baik.
Pengurusan KomunitiBerita baik kepada anda semua, beberapa orang ahli aktif di kapasitor akan diberikan akses sebagai moderator kepada seksyen-seksyen yang terdapat di kapasitor ini. Disebabkan kapasitor ini insya Allah akan berkembang dengan lebih pesat, maka saya seorang saja tidak mampu untuk mentadbir komuniti ini.Saudara Xr telah diangkat sebagai co-founder. Sumbangan beliau sgt besar untuk komuniti ini. Maka, seksyen baru; xr akan dibuat sabagai portfolio kami.

Jika anda mahu melihat dan menikmati Kapasitor: Komuniti Novel Underground yang masih belum siap 100%, sila layari: http://kapasitor.net/v3

P/s: Inilah sebabnya saya gagal untuk mengupdate cerita saya. Harap anda memahami :p

Baca perbualan