Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Resepi: Daging Masak Merah Speziell
- fairuzar
- 16 years ago
- 3,075
Requst dari Saudara Apun
Bahan-bahan:
1 kilo Daging
Serbuk lada hitam
Garam
Gula
Sos Tomato
Kacang Peas
2 keping asam keping/ secawan air asam jawa (sesudu asam jawa + secawan air)
Bahan tumisan:
Segenggam lada kering direbus
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
-Potong daging kepada bentuk segiempat tepat dan bersaiz sederhana.
-Perap dengan serbuk lada hitam dan garam
-Bakar dalam oven sehingga masak (200°C in one hour)
-Keluarkan dan biar sejuk.
-Hiris daging nipis-nipis
-Kisar bawang besar, bawang putih dan lada kering bersama-sama. (Tips:
potong lada kering kecil-kecil supaya mudah dikisar)
-Panaskan minyak dalam kuali/periuk.
-Setelah minyak panas, masukkan bahan yang telah dikisar sedikit demi
sedikit. Tumis sehingga naik bau.
-Masukkan sedikit gula (lebih kurang 4 sudu makan) dan kacau rata sehingga
naik minyak.
-Masukkan sedikit sos tomato (lebih kurang setengah cawan). Kacau.
-Letak garam secukup rasa.
-Tuangkan air asam jawa/letakkan 2 keping asam keping dan sedikit air.
-kacau sehingga pekat.
-Campurkan daging yang telah dihiris halus dan kacang peas. Sekiranya
kacang peas adalah ‘frozen', rebus terlebih dahulu dalam air yg mendidih, tos,
dan masukkan ke dalam tumisan dan daging.
-Kacau semua bahan bersama-sama selama sekurang-kurangnya 10 minit supaya
rasa tumisan masuk ke dalam daging.
-Angkat dan hidangkan.