Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Resepi: Daging Masak Merah Speziell

 

Requst dari Saudara Apun

 

Bahan-bahan:

1 kilo Daging

Serbuk lada hitam

Garam

Gula

Sos Tomato

Kacang Peas

2 keping asam keping/ secawan air asam jawa (sesudu asam jawa + secawan air)

 

 

Bahan tumisan:

Segenggam lada kering direbus

3 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

 

 

-Potong daging kepada bentuk segiempat tepat dan bersaiz sederhana.

-Perap dengan serbuk lada hitam dan garam

-Bakar dalam oven sehingga masak (200°C in one hour)

-Keluarkan dan biar sejuk.

-Hiris daging nipis-nipis

 

-Kisar bawang besar, bawang putih dan lada kering bersama-sama. (Tips: potong lada kering kecil-kecil supaya mudah dikisar)

-Panaskan minyak dalam kuali/periuk.

-Setelah minyak panas, masukkan bahan yang telah dikisar sedikit demi sedikit. Tumis sehingga naik bau.

-Masukkan sedikit gula (lebih kurang 4 sudu makan) dan kacau rata sehingga naik minyak.

-Masukkan sedikit sos tomato (lebih kurang setengah cawan). Kacau.

-Letak garam secukup rasa.

-Tuangkan air asam jawa/letakkan 2 keping asam keping dan sedikit air.

-kacau sehingga pekat.

-Campurkan daging yang telah dihiris halus dan kacang peas. Sekiranya kacang peas adalah ‘frozen', rebus terlebih dahulu dalam air yg mendidih, tos, dan masukkan ke dalam tumisan dan daging.

-Kacau semua bahan bersama-sama selama sekurang-kurangnya 10 minit supaya rasa tumisan masuk ke dalam daging.

-Angkat dan hidangkan.

Baca perbualan