Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kapasitor.Net: Hari ini dan Akan Datang

 

Isnin . 5 May 2008

Terlancarnya Kapasitor Artworks minggu lepas menambah satu lagi cabang kreatif di komuniti ini. Seksyen yang merupakan impian-jadi-kenyataan saudara Jojo aka Jauhari Albert disasarkan untuk menarik satu lagi gugusan pengkarya, kali ini dari bidang seni grafik dan visual pula.

Dengan platform sedia ada, kita sudah mempunyai beberapa kelompok ahli yang mempunyai minat dan kecenderungan unik. Kita sudah ada penulis-penulis ghairah (passionate) yang berpaksikan sastera dan pop. Kita sudah punya himpunan penulis blog dan artikel-artikel membina. Tidak kurang juga mereka yang hanya mahu membaca, berkomuniti, mengomen, menilai, melebar jaringan sahabat, menambah prospek pasangan hidup dan sebagainya.

Jadi sudah menjadi lumrah, bila pola dan dimensi ahli yang pelbagai ini akan mewujudkan pertembungan budaya. Yang berhaluan kiri dengan yang kanan. Yang berideologi anarki dengan republikan. Yang berorientasi luar negeri mahupun tempatan. Yang lelaki suci lepas tu fak percintaan-- eh?

Besarlah harapan saya, daripada kita sibuk bertegang kerana apa yang berbeza, adalah lebih baik kita hargai apa yang kita punyai bersama. Kita di sini untuk berkomuniti dan berkarya. Ya, kita mungkin dari genre berbeza tetapi istilah hormat-menghormati, toleransi dan saling mengenal bukanlah dicipta sekadar untuk melengkap perbendaharaan kata.

Kelak, bila seksyen Music dan Short Movies dilancar (LAMBAT LAGI, jangan risau), kepelbagaian budaya ini akan lebih kompleks lagi :) Semoga kita kekal berada di landasan dan semangat yang sama.

Dari Mejaku Yang Bersepah,
Cahatomic
Kapasitor BM
4.32 petang

---

Kadang aku teringat bagaimana rupanya Kapasitor ini tatkala baru dilancar lebih tiga tahun lepas. Untuk beberapa screenshot klasik, anda boleh lihat di link ini:

http://www.kapasitor.net/community/post/108

Daripada hanya dibenarkan menulis komen di shoutbox, menjadi ahli terhad hinggalah kepada keahlian dibuka kepada umum. Daripada hanya Jojo seorang yang sembang dan gebang, hinggalah munculnya anda yang hebat-hebat ini semua.

Aku tertanya, bagaimanakah rupanya Kapasitor setahun akan datang dan sepuluh tahun akan datang?

Buat masa ni yang aku boleh fikirkan,

Setahun akan datang:

Kapasitor mempunyai 2000 orang ahli berbanding 919 sekarang.
Seksyen Music dan Short Videos BELUM DILANCAR :))
Kapasitor direviu oleh satu lagi majalah/akhbar selepas Kosmo itu hari.
Purata ahli online pada waktu puncak meningkat dari 14 kepada 30. (chatroom akan super sesak!)
Sungutan mengenai orang suka pos entri je lebih, tapi tak komen sangat dekat karya orang masih kedengaran bagaikan ia perkara baru.
My.Kapasitor menjadi lebih cun, lebih fungsi dan lebih fleksibiliti.
Kapasitor ID dan EN sudah menyaingi Kapasitor BM dari segi kemeriahan. (besar harapan aku pada kau ucu-zu dan ucu-ler).
Fairuzar atau reason hanya dipisahkan sekelumit peminat untuk anugerah ahli kapasitor paling popular. haha!
Ahli Kapasitor yang menjalin hubungan cinta sesama ahli akan bertambah daripada hanya 2 seperti sekarang kepada 12.
Aku akan masih menggunakan tagline sucimuci . gadisless . dan fak percintaan seperti sekarang. haha!

Untuk sepuluh tahun akan datang pula?

Aku akan kemaskini kemudian. HAHA.

APA PULA JANGKAAN ANDA?

Baca perbualan