Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Babi Kau! Kecoh! Hehehe..

 


Babi adalah binatang yang sangat sensitif (taboo) dalam dunia islam khususnya melayu. Termasuklah aku. Wajah seekor babi sahaja sudah cukup buat aku mual. Haiwan ini mempunyai tabiat memakan najis sendiri, sebagai mana yang terdapat dalam kisah diatas bahtera nabi Nuh.

Sekarang tengah kecoh cerita pasal babi kat negeri aku, Selangor ni. Kekecohan terjadi kerana kerajaan negeri telah meluluskan satu projek mega perladangan babi di Sepang. Aku pelik apa pasal tindakan bijak kerajaan negeri ini dipertikaikan terutama penduduk melayu disekitar Sepang.

Oh, ya. Aku terlupa babi itu haram. Haram dari segala aspek, sehingga diajar kepada setiap budak-budak kalau cakap babi berdosa. Mengapa tak dipadam saja perkataan babi itu dalam kamus? Atau kita rela menggunakan perkataan asing terutama arab dengan memanggil haiwan tersebut dengan nama khinzir? Mungkin khinzir itu lebih manis dipertuturkan kerana ia dari bahasa arab, bahasa al-Quran? Lupakan tentang nama haiwan tersebut.

Isunya sekarang, kenapa kerajaan baru negeri Selangor ini melaksanakan projek mega yang ternyata menyentuh sensitiviti rakyat sekitar Sepang terutama yang beragama islam? Kenapa 2 parti politik diterajui oleh umat islam yang bergabung dalam kerajaan Pakatan Rakyat harus menyokong usul yang dibuat oleh parti demokratik itu?

Ada beberapa rakan aku tanya pendapat aku tentang tindakan kerajaan negeri Selangor ni? Mungkin pasal diorang tahu aku golongan membangkang.

Kalau ikutkan sangat sikap typical melayu yang terlalu mengikut perasaan tanpa berfikir disebalik tindakan tersebut, sampai bila-bila melayu itu menjadi satu bangsa yang bodoh. Cukuplah sikap malas yang disertakan bersama setiap kelahiran melayu itu yang menyebabkan melayu rata-ratanya bodoh. Bodoh dalam erti kata kematangan dan keterbukaan minda, bukannya taraf pelajaran.

Aku tadi baca berita yang memaparkan tunjuk perasaan yang berlangsung semalam dihadapan bangunan pentadbiran kerajaan negeri di Shah Alam. Ada beberapa temubual dengan penunjuk-penunjuk perasaan menarik perhatian aku.

"Sepatutnya perladangan babi ini dialihkan ke kawasan penempatan cina seperti di Pulau Ketam, kenapa mesti dibuat dikawasan majoriti penduduk melayu?"

"Saya dah 50 tahun tinggal keliling babi, bak kata orang, toleh kanan babi, toleh kiri babi, toleh belakang babi, kalau dilaksanakan projek mega ini lagilah.."

Aku baca sambil terfikir kebodohan penunjuk-penunjuk perasaan tu. Nampak? Jelas?

Buat pengetahuan korang semua, kawasan perladangan babi terdapat banyak disekitar Sepang sehinggalah bersambung dengan Port Dickson. Itu semua kawasan ternak babi. Setiap ladang-ladang babi tu keadaannya memanglah kotor dengan sistem pembuangan najis babi yang mencemarkan alam sekitar dan pola ladang-ladang babi itu adalah berselerakan. Masakan pakcik tua dari Sepang itu merungut dari kecik keliling dia ladang babi. Berselerak? Faham? Aku tau orang tua tu orang 'melayu tulen'? Tapi janganlah tunjuk yang orang 'melayu tulen' ini bodoh. Tolonglah.. Maka dengan itu kerajaan Selangor memperuntukan sekitar 100 juta untuk menyatukan ladang-ladang babi yang berselerakan itu dan menyediakan prasarana saliran, rawatan daripada kumbahan babi tersebut untuk kesenangan masyarakat islam sekitar.

"Kenapa kerajaan baru ni tak tutup je ladang babi tu?" tanya rakan aku tu.

Aku tanya balik, "Kenapa kerajaan terdahulu tak tutup ladang-ladang babi? Siap diorang yang bagi kelulusan orang cina bukak ladang babi kat kawasan tu kan? Jadi kenapa benda ni jadi isu bila tukar kerajaan? Kerajaan baru nak perbaiki keadaan kebersihan kawasan perladangan babi pun jadi isu ke?"

Ulasan Mufti Selangor, Ustaz Tamyes ternyata menerangkan bahawa projek itu baik untuk semua. Beliau meminta supaya umat islam supaya bertenang dan bertolak-ansur kerana penduduk bukan islam mempunyai hak untuk menternak babi. Beliau juga menambah projek mega perladangan babi yang bakal menelan belanja sekitar 100 juta adalah untuk menambahbaikkan keadaan perladangan babi yang sedia ada yang telah mencemarkan kawasan sekitar Sepang khususnya sejak sekian lama.

Lu pikir la sendiri..

Baca perbualan