Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Hari Guru 2008 - Guru Cemerlang Negara Terbilang

  • jojo
  • 16 years ago
  • 2,506

 

16 Mei setiap tahun adalah sambutan Hari Guru Malaysia, bertujuan untuk menghargai sumbangan guru-guru di Malaysia yang bertanggungjawab dan berdedikasi untuk mendidik anak bangsa.

Jika mengikut pemahaman Hari Guru di Wikipedia Bahasa Melayu, tarikh ini dipilih kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

ISU 1: PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT YANG TIDAK SEIIRING

Aku agak marah sebenarnya dengan perkembangan teknologi edukasi dan teknologi internet di Malaysia yang tidak seiring. Tidakkah kita semua berasa pelik, apabila berpuluh-puluh (malahan ratusan) juta Ringgit Malaysia telah dibelanjakan untuk memperkaya sektor edukasi Malaysia dalam bidang internet, tapi Laman Web Rasmi Hari Guru Malaysia tidak dikemaskini selama hampir 2 tahun?

Tidakkah malu kita rakyat Malaysia, dalam sibuk mahu memperingati sumbangan guru di Malaysia, informasi tentang hari guru di laman web rasmi mereka adalah DUA TAHUN KETINGGALAN? Aku web programmer, kerja aku membuat web. Aku (insya Allah) tahu sama ada kerja-kerja yang berkaitan dengan web itu mudah atau tidak. Dan, aku rasa tidaklah TERLALU SUSAH untuk mengemaskini laman web Hari Guru Malaysia, sekurang-kurangnya dengan hanya menulis tentang tema Hari Guru 2008 "2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang". Wikipedia yang percuma itu pon ada juga hamba Allah yang mampu mengemaskini, apetah lagi website MOE yang sepatutnya ada Vendor @ Kontraktor yang menjaga.

Ape pendapat korang?

*edited: Tentatif tentang sambutan hari guru 2008 ada dinyatakan di laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

ISU 2: GURU TIDAK FORMAL

Definisi seorang guru sebenarnya sangat luas. Tak semestinya seorang guru itu perlu mendapat tauliah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semata-mata. Guru yang mengajar kita di sekolah merupakan guru secara formal yang mengajar kita tentang pelajaran yang formal.

Bagaimana pula dengan guru yang tidak formal?

Aku nak berkongsi tentang 2 orang guru aku yang paling hebat aku miliki sepanjang hidup yang baru berusia "belasan tahun ini". Seorang guru namanya "emak" dan seorang guru lagi namanya "ibu".

Emak aku merupakan guru yang hebat. Mengajar aku tentang hidup dan segala yang berkaitan dengan hidup. Dari segi sosial, dari segi membuat kuih, berkongsi dengan aku tentang tips untuk mencari jodoh dan macam-macam ilmu yang dia kongsi bersama aku. Menariknya, emak aku bukan dari kalangan orang yang berpendidikan tinggi, tapi naluri survival beliau sangat tinggi hinggakan mampu mengawal ekonomi keluarga dengan baik. Beliau tidak perlukan sebarang buku akaun untuk mencatat pendapatan dan perbelanjaan isi rumah, tapi setiap tahun ekonomi keluarga kami tidak pernah mencapai defisit meskipun ekonomi Malaysia kian dihimpit inflasi.

Ibu aku yang seorang lagi merupakan seorang graduan dari University Michigan, sekarang mengajar di UPSI dalam bidang psikologi. Wanita hebat ini juga aku anggap sebagai guru kerana kepandaian beliau dalam selok belok edukasi di Malaysia dan kemampuan beliau dalam melihat jauh ke depan. Selain dari kredibiliti yang baik dan kemampuan membesarkan anak-anak beliau dengan berjaya, Ibu aku ini juga mempunyai naluri seorang ibu yang yang baik. Segala yang berkaitan dengan edukasi adalah priority yang sangat tinggi untuk beliau.

Mungkin aku bernasib baik kerana dikurniakan 2 orang guru yang hebat ini. Terima kasih kepada MakCik Jo dan MakCik Salimah.

Itu adalah 2 orang guru yang terbaik dalam hidup aku.

Siapa guru terbaik dalam hidup korang?

Baca perbualan