Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Cuti Sekolah.... Kawin!!!

 

    Cuti Sekolah… Budak-budak sekolah memang suka bila cuti mendatang. Ya lah, cuti kan… Cuti sekolah 2 minggu. Time ni lah nak bercuti ke, ada kelas tambahan yang berlambak ke, kawin ke… Kawin?? Ya… Yime cuti macam ni la ramai orang kawin. Terutamanya, mereka yang dalam bidang pendidikan. Ala, cikgu-cikgi la. Cuti sekolah 2 minggu kan. Kadang-kadang tu, dalam satu kampung, ada 2 hingga 5 pasangan berkahwin dalam cuti macam ni. Contohnya akak aku. Tapi dia kawin bulan 3 baru ni. Masa cuti sekolah penggal pertama. Suami dia pun cikgu. Malam nak akad nikah tu, ada 4 pasangan kawin, termasuklah akak aku. Akak aku kawin hari khamis, malam Jumaat. Malam tu penuh satu masjid. Jemaah Masjid pun terkejut. Aku sendiri pun terkejut, sebab ingatkan akak aku sorang je nak kawin malam tu. Rupa-rupanya 4 pasangan. Lepas Isyak, acara akad nikah nak di mulakan. Wali-wali pengantin perempuan lain berebut-rebut pergi jumpa Tok Iman sebab nak nombor satu. Sepupu aku pun suruh gak aku pergi jumpa Tok Iman tu, sebab aku yang mewalikan akak aku. Tapi aku malas nak pergi merayu-rayu kat Tok Iman. Malu la… Lepas tu Tok Iman nak nak buat serentak, Cuma akadnya je yang sorang-sorang. Last-last, aku gak yang dapat nombor satu. Sebab sebelum ni, aku rajinkan diri pergi rumah dan telefon Tok Iman bertanyakan O.K ke tak perancangan. Nombor satu. Hehehehe… Selepas selesai akad nikah, balik makan la. Esoknya, hari Jumaat, baru la acara persandingan di adakan . Kecoh gak la bila kenduri ni…. Em.. Tu la cuti-cuti macam ni, berebut-rebut nak kawin. Aku sendiri pun dapat 5 jemputan. Mak aku dapat 8, tak kira lagi yang akak-akak aku punya. Ada yang ‘bertiket’, ada yang buat kesyukuran. Tapi, untuk mengeratkan silaturrahim, kena la pergi semua, tu pun kalau larat. Nampak gayanya, 2 minggu la kat rumah aku tak payah nak memasak. Save beras yang mahal. Hahahaha…. Esok bermula la kenduri yang pertama. Korang macam mana?? Banyak ke dapat jemputan??  Diri sendiri pun tak lagi…

Bila la kan…

Hehehehehehe………

 

 

 

 

 

Baca perbualan