helpHelpfeedbackFeedback  Register
http://www.kapasitor.net/community/
Welcome Guest
Not a member yet? Join us.
Login if you already have registered.
Anime  Books  Concert  Gossip  Jokes  Movies  Music  Theatre  Video  

Inilah buku motivasi terlaris yang dibuang ke dalam tong sampah!
Komuniti: Books | 25/05/2008 | 10:39:12 AM | 189 Views
Share

Inilah buku motivasi terlaris yang dibuang ke dalam tong sampah!

  Saya berkesempatan membaca majalah Success yang sudah berusia melebihi 100 tahun di pasaran Amerika. Dalam salah satu artikel yang ditulis, saya tertarik dengan sebuah artikel yang menceritakan perkembangan dunia motivasi, bantu diri dan buku pengurusan hidup secara positif di Amerika.

 

Salah satu cerita yang disampaikan ialah mengenai kisah buku terlaris antarabangsa, The Power of Positive Thnking.

Buku ini ditulis pada tahun 1952 oleh individu bernama Norman Vincent Peale.

Tahukah saudara berapakah jumlah naskhah buku motivasi ini dijual sejak ia diterbitkan sehingga ke hari ini?

Ia sudah terjual melebihi 20 juta naskah dan diterjemah dalam 41 bahasa.

Tahukah saudara bagaimana buku ini dihasilkan?

Sebenarnya penulis ini tidak berpuas hati dengan draf akhir buku yang ditulisnya sendiri. Apa yang dilakukan oleh beliau ialah membuang draf akhir buku yang ditulisnya ke dalam tong sampah.

Ya, buku yang terjual jutaan naskhah seluruh dunia hari ini mendapat layanan sebegitu daripada penulisnya sendiri.

Bukan itu sahaja, Norman Vincent Peale memberi arahan kepada isterinya agar tidak mengeluarkan manuskrip berkenaan daripada tong sampah.

Isterinya mendengar arahan itu dan tidak mengutip manuskrip itu keluar dari tong sampah.

Apa yang dilakukan isterinya?

Isterinya membawa tong sampah di rumah yang berisi manuskrip yang dibuang oleh suaminya ke sebuah syarikat penerbitan.

Selebihnya, The Power of Positive Thinking menjadi sejarah.

Ingin terbit buku impian anda? Klik di sini


author
zamri
My.Kapasitor
Add as friend
Send Message
share
bloglinesRedditStumbleUpontechnocratiYahoo
DeliciousdiggFacebookGoogleNewsvine

my other posts
Orang India adalah yang pertama mendarat di bulan
Dua ayat motivasi Qur'ani untuk hati
Akhirnya saya terbitkan juga Tip Karier untuk Wanita moden untuk semua wanita di Malaysia
Ulasan Buku: Temubual Irfan Khairi bersama lapan ikon jutawan tempatan
Rahsia Bisnes Mamak muncul di Malaysia Hari Ini, TV3
Ada ahli Kapasitor mahu berkongsi cerita di pejabat dan karier ke seluruh negara?
Ceramah Buku Mendapat Sambutan : Laporan separuh halaman Sinar Harian Edisi Melaka
View all


Permalink | Top


Comment
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

jadual aktiviti bulan julai
Jadual penuh

iklaneka
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan Kapasitor
Iklan Tshirt
muat turun
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari

31 Julai: Borak Foto bersama Shaiful Rizal