Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

NIAT PENULIS

 

Niat seorang penulis antara keikhlasan, kejujuran berkarya dan pulangan material. Dalam kerja menulis, apa niat kita? Kerana mahu imbuhan atau atas dasar cinta dan tanggungjawab? I like to put it this way. Material gain, spiritual satisfaction, money and passion are not mutually exclusive. They all can perfectly co-exist. Yes, of course we can choose either one or to prioritise our preferences - if we want to. But, are we obliged to? No, it's purely optional. We can put all those in one plate, if that's our choice.

Nawaitu penulis adalah berbagai-bagai dalam waktu menulis. Dihargai dengan $$, dihargai dengan pujian, sekadar dapat dibaca tulisannya, sekadar suka-suka dan lain-lain alasan yang gemerlapan. Namun ada satu sikap yang harus ada dalam diri penulis seperti diri saya, namun saya tidak membawa anda untuk menerima sikap ini: jadilah penulis yang tidak mengharapkan apa-apa selain kerana menulis itu adalah santapan rohaninya. Jika kita berbudi kepada seseorang dan menagih balik balasannya kerana kita rugi masa, wang ringgit dan tenaga, itu tidak ikhlas. Jika kita mencintai seseorang tetapi kemudian nanti kita minta tanda pengorbanannya dan pengabdiannya, itu tidak jujur.

Ada penulis yang hanya menulis untuk pertandingan dengan tema tertentu pula, itu tentu memerah idea. Ada yang mengetengahkan isu-isu dan lain-lain lagi. Bagi saya soal bayaran adalah individu. Penulis yang menulis seperti yang saya sebutkan tadi berhak mendapat bayaran kerana memerah tenaga dan bolehlah dikatakan dengan berbisik dan suara kecil, tapi bukan mengejek: penulis hadiahan! Namun apa salahnya meminta kepada yang ada?

Tapi ada pertanyaan dalam benak saya, perlukah penulis memaksa idea datang seandainya dia seorang penulis? Tapi, ya juga mungkin kerana penulis bukan seniman, melainkan jurutulis. Seniman ialah seseorang yang telah mendarahdaging dalam jiwanya sebuah cinta yang tak perlu balasan. Mungkin anda dan saya salah seorang seniman, siapa tahu...

 

 

Baca perbualan