Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Pening seorang pembuat web

  • jojo
  • 16 years ago
  • 2,484

 

Kerja seorang web developer sebenarnya mudah tapi renyah. Maksudnya, terlalu banyak procedure yang kecil-kecil dan bunyinya remeh tapi perlu diambilkira dan sangat penting. Berikut adalah beberapa perkara teknikal yang seorang web developer perlu buat untuk pastikan website yang terhasil mengikut spesifikasi antarabangsa.

1. Mengoptimakan web.

Tujuan mengoptimakan web adalah bagaimana mahu membuatkan website itu load dgn cepat. Website yang berasaskan imej selalunya menjadi mangsa dalam kes sebegini. Design web yang web designer buat TIDAK BOLEH dijadikan sebagai website terus. Di sini, web developer perlu menggunakan kebijaksanaan beliau bagaimana menukar imej sebesar 40kb kepada 5kb dan bagaimana mengolah design daripada berasaskan imej menjadi design berasaskan CSS.

Pengalaman: Designer web (yang bukan web developer) selalunya gemar menyusahkan web developer dengan penggunaan design fancy dan holi-kemoli  supah tiptop tapi haram tak functional.

2. Mencuba website dalam 3 web browser berbeza dan 3 OS berbeza

Bukan semua manusia di dunia ni menggunakan Windows. Operating System alternatif yang ada antaranya adalah Mac dan Linux (dan beberapa OS yg berasaskan Unix). Setiap OS ni mempunyai browser default yang berlainan. Secara standard, website perlu dicuba dalam 3 OS berbeza dan paling kurang 3 web browser yang berlainan. Tapi, dalam keadaan normal biasanya website hanya akan dicuba menggunakan OS Windows dan web browser Internet Explorer atau Mozilla atau Safari. Ini 3 adalah web browser yang perlu diambil perhatian kerana jika website itu cantik dalam Internet Explorer, maka website akan insya Allah cantik dalam Maxthon kerana enginenya sama. Jika website itu cantik dalam Mozilla maka insya Allah cantik dalam Netscape dan Opera. Dan jika website itu cantik dalam Safari berasaskan Windows, maka belum tentu lagi website itu cantik dalam Safari berasaskan Mac.

Pengalaman: website sama, tapi dalam IE6 ok. IE7 design lari. Dalam Firefox 1 bersih, dalam Firefox 2 hancur. Ni nak kluar Firefox 3 dgn IE8 lak.. tak tau la cam mane.

3. Penggunaan javascript

Javascript adalah salah satu daripada Client Side Scripting yang mana execution script-nya berlaku dalam web browser. (contoh client side scripting juga adalah cascade style sheet CSS). Javascript boleh bertindak sebagai pengawal keselamatan dalam website, dan juga mungkin berupaya menjahanamkan website anda jika ada orang cuba menyalahguna. Sebagai contoh penggunaan javascript adalah ketika menggunakan form.

Pengalaman: bos meminta satu website ini boleh dilayari dengan sempurna sama ada user ada javascript enabled atau tidak. Masak!

4. Search engine optimization

Pertimbangkan senario ini: Anda buka engine carian kesukaan anda. Anda taip beberapa keyword untuk anda mencari. Pling! Website yang anda mahu berada dalam ranking top 10 dalam 1st page result enjine carian itu.

Pengalaman: Haa.. yang ni nak kena buat juga. Bayangkan jika ada beribu-ribu page dalam satu website. Bagaimana nak menjadikan website itu mudah dicari dalam search engine? Dari content hinggalah ke hits hinggalah ke meta data hinggalah ke linking hinggalah menumpang pagerank. Semuanya perlu diambil kira.

5. Keselamatan

Ini perkara yang paling penting dalam website tapi orang paling tak nampak. 2 cara yang paling popular dilakukan untuk merosakkan website adalah melalui server atau melalui scripting website. Maka, keselamatan perlu dijaga di kedua-dua tempat yang disebut. Penggunaan protokol SSL, penjagaan form yang dihantar oleh user dalam website dan penggunaan router anti-DOS selalunya digunakan.

Pengalaman: Database hancur kerana security sistem yang terlalu secure. Berpatah arang berkerat rotan dgn bos selama 1 minggu akibat dari tragedi tersebut.

Ada banyak lagi kepeningan sang pembuat web. Jika anda melihat seorang pembuat web itu pening, manjakan lah beliau. Banyak perkara yang anda tak tau yang berlaku di back-end website perlukan pemerhatian. Pembuat web juga adalah manusia biasa.

Beliau perlukan rehat.

Baca perbualan