http://www.kapasitor.net/community/
Article  Information  Life  Opinion  Relationship  

Siapakah sebenarnya Melayu?

iklaneka
 

Pernahkah kita bertanya dari mana asalnya bangsa Melayu. Siapakah Melayu itu sebenarnya. Asal-usul bangsa Melayu itu dikatakan sebagai satu misteri.

Bangsa melayu itu terdiri dari dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah kumpulan Melayu-Levo atau lebih dikenali sebagai Melayu-Proto (contoh:orang asli). Mereka adalah dari keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s. Kumpulan kedua pula adalah Melayu-Deutro (contoh: Orang Melayu biasa) dari keturunan Nabi Ibrahim a.s. dari isteri ketiganya, Keturah (Keturah masih lagi misteri tetapi beliau berasal dari keturunan Melayu Kemboja).

Kumpulan pertama, iaitu Melayu-Levo datang dari kawasan pergunungan Himalaya dan menggunakan teknologi batu. Manakala, kumpulan kedua (Melayu Deutro @ Melayu Induk) di Nusantara menggunakan teknologi besi dan datang dari sekitar Kemboja. Ini bermakna, bangsa Melayu itu sendiri sudah maju.

Menurut Prof. Shaharir Mohd Zin, pendapat yang menyatakan bahawa perkataan "Melayu" yang berasal dari perkataan Jawa yang memberi erti "lari atau hijrah" ke Nosa Koncana atau Nusa Kencana (The Golden Chersonese @ Tanah Emas) ataupun ada pendapat yang menyatakan makna Melayu itu memberi erti "layu" atau dari perkataan Perancis (malaise) hanyalah hipotesis semata-mata dan terbukti tidak benar. Menurut beliau perkataan "malaya" dalam sanskrit dan "malai" dalam Tamil membawa maksud bukit. Setakat ini, antara bukti fizikal yang diketahui yang dapat dikaitkan dengan nama "Melayu" di Nusantara adalah di Jambi. Terdapat sebuah kerajaan silam di muara Batang Hari (sebatang sungai di Jambi), sebuah kawasan di pantai timur Sumatera Selatan bernama Melayu. Sebenarnya istilah Melayu itu sendiri sudah lama wujud di dalam teks sejarah. Malah, istilah Malayu telah ditemui terpahat pada sebuah patung yang ditemui pada 1286 di Padang Ruku (Roko @ Rocore), berhampiran muara Sungai Langat, Batang Hari dikatakan bertarikh 1029 Masehi.

Nama Melayu mungkin telah wujud sebelum Islam tersebar di Nusantara dan mungkin Melayu merupakan bangsa terawal di dunia selepas banjir Nuh a.s. (rumpun Melayu mempunyai terlalu banyak pecahan suku kaum). Menurut ahli kitab Nasrani, Nabi Nuh telah menjadi pemimpin selama 600 tahun selepas banjir besar tersebut, dan menurut mereka bangsa yang dipimpinnya adalah bangsa China yang berpusat di Asia Tengah atau Tibet. Bangsa ini mempunyai kelebihan dalam lautan dan ia menjadi satu kelebihan perluasan bangsa ini. Namun, bangsa yang dimaksudkan bukanlah bangsa China, sebaliknya bangsa Melayu (ketika itu digelar orang Funan - Hitti, Chatay atau Kattayo). Ini kerana, bangsa Melayulah yang menduduki Tibet dan menamakan banjaran tertinggi di dunia itu sebagai banjaran Himalaya. Bangsa Melayu juga yang amat mahir membina bahtera, meredah lautan serta menduduki 60% muka bumi sejak beribu tahun dahulu. Kemungkinan besar bangsa Melayu mahir dalam bidang kelautan kerana telah diajar oleh Nabi Nuh a.s. selama 600 tahun dahulu semenjak banjir besar tersebut.

Artikel ini saya ambil serba sedikit dari http://www.melayuonline.com. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang sejarah Melayu dengan lebih banyak lagi di sina.

Sebenarnya pencarian saya mengenai sejarah keturunan bangsa Melayu bermula dari borak-borak kosong saya dengan seorang teman. Teman saya pada masa itu baru pulang dari mengikuti kem Biro Tata Negara (BTN). Beliau memberitahu saya bahawa selepas mengikuti kem tersebut, dia berasa sangat bangga menjadi orang Melayu, kerana baru kini dia mengetahui bahawa bangsa Melayu itu sebenarnya dari keturunan para nabi, iaitu Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Nuh a.s. (seperti apa yang diberitahu oleh penceramah kem tersebut) Maka, semenjak dari itu saya mula mencari maklumat mengenai sejarah Melayu. Inilah, hasilnya.

Menurut teman saya juga (yang mengikuti ceramah di kem tersebut), bangsa Melayu merupakan bangsa yang kuat dan bijak dalam ilmu kelautan. Jadi, tidak hairanlah bahawa manusia pertama yang mengeliling dunia itu sendiri merupakan dari bangsa Melayu Melaka, iaitu Panglima Awang dan bukan pelayar Barat (Ferdinand de Megallan) seperti yang dimomok-momokkan oleh pihak Barat. Menurut Harun Aminurrashid (pengarang novel Panglima Awang), terdapat usaha ”pemadaman” nama ”lelaki Melayu” tersebut sebagai antara taktik penjajah (sama ada Sepanyol atau Portugis) untuk tidak memberi pengiktirafan kepada bangsa Melayu.

Sebenarnya jika diteliti sejarah Melayu itu sendiri, Melayu itu tidak lemah seperti apa yang disangkakan. Terdapat beberapa usaha yang dilakukan oleh sesetengah pihak (khususnya Barat) untuk meracuni minda anak-anak Melayu supaya tidak bangga dengan keturunan mereka sendiri. Melayu mudah lupa kerana mungkin Melayu itu sendiri tidak pernah tahu asal-usulnya.

 

p/s: Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sendiri sebagai suatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa yang merdeka. (Bung Karno).


Share!Email

about the author

kamalia

Hopeless romantic tapi kemungkinan besar menghidap philophobia. Meminati karya-karya luar kotak tidak kira dari genre apa, sambil disulami elemen cinta atau satira (tidak kira puisi, cerpen, lukisan, novel atau apa saja). Karya yang hebat secara peribadi adalah yang mampu membuatku termenung beberapa ketika kerana begitu terkesan. Kalau mahu lebih dramatik, mampu merembeskan air mata dan terkedu selama beberapa minit.    
kamalia | Add kamalia as your friend | Send Message

my other posts
Gerabak Merah Jambu | 2711 reads
Kapasitor MS : Senarai 10 Cerpen Pilihan Kamalia | 4617 reads
PCB: Pengumuman Dan Ulasan Karya Para Pemenang PCB# 4! | 7105 reads
Si Cantik Cempaka | 4097 reads
Pencarian Jiwa Dalam 'The Song Of Sparrows' (2010) | 156473 reads
Helo Kapasitor! | 156782 reads
Pilihan Hati | 1207 reads
View all
Comments From Facebook

Comment
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda

advertise@karyamedia.net
advertise@karyamedia.net

subscribe to kapasitor

KapaSTORE
Creative Content Marketplace

BUY NOW: The Beach House


admin blog