Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Sepak Bola: C. Ronaldo

 

dalam keluh kesah kita(korang) mengenangkan harga petrol dan diesel, ape kate kita tuka topik kejap. jom borak pasal bola.

Isu Pertama: Perihal C. Ronaldo dan Real Madrid

Akhbar The Sun (thesun.co.uk) hari ini menyebut bahawa Christiano Ronaldo memberitahu seorang kawan; sekiranya tidak sekarang, dia akan ke Real Madrid tahun depan.

Sebagai seorang bukan peminat MU, saya turut mengakui kehebatan pemain yang lebih mesra dipanggil C.Ronaldo ini. Pada pendapat saya, sudah masanya beliau berhijrah ke Real Madrid. I mean, he could never has a better season than current. It's a great time for him to seek new challenge. Kepada penyokong MU, sekiranya encik C.Ronaldo kita ingin berhijrah, terimalah keputusan dia dengan hati terbuka.

Isu Kedua: EURO 2008

Bahang Europa Meisterschaft kian terasa. Mulai hujung minggu ini, bermulalah pertarungan antara negara-negara terpilih di Eropah untuk merebut gelaran Europameister. Sebagai pemukim negara Jerman, saya teruja untuk melihat aksi Mario Gomez, pemain muda berusia 23 tahun yang buat pertama kalinya akan beraksi dalam kesebelasan utama Jerman dalam kejohanan antarabangsa.

Berbapa spaniard dan beribu deutsche Frau beliau merupakan penyerang utama kelab Vfb Stuttgart yang menjadi juara Bundesliga pada musim 2007. Pemain berketinggian 189 cm ini saya jangka akan menyerlah di EURO 2008 nanti.

yang tak terer main bola,

-fairuzArashid-

 

Baca perbualan