Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Manual Programming $jiwa

• jojo
• 16 years ago
• 2,143

Ini adalah manual utk puisi Programming $jiwa

$namaGadisYangAndaRindukan = "Hidayah"; # nama gadis yang dimaksudkan, ini hanyalah sekadar pembolehubah
$hatiku = "Rindu"; # perasaan anda ketika itu

function sampaiBilaHarusAkuSabar($value, $value2){

$usaha = 6; # berapa kali anda mahu mengulang perasaan anda

$kesimpulan = "Adakah ini namanya cinta?"; /* anda boleh menukar pembolehubah ini kepada apa saja yang ada suka, semolek-moleknya selari dengan perasaan anda */

$puisi= $value2."

for($i=1;$i<=$usaha;$i++){
if($i == 1){
$puisi = $puisi. "Pada dirimu

} else if ($i == 2) {
$puisi = $puisi. "Pada senyummu

} else if ($i == 3) {
$puisi = $puisi. "Pada tawamu

} else if ($i == 4) {
$puisi = $puisi. "Pada sinar matamu

} else if ($i == 5) {
$puisi = $puisi. "Pada kata semangatmu

} else {
#jika $usaha lebih dari nilai 5, baris ini akan tertulis

$puisi = $puisi. "Aku ".$value2." padamu ".$value."

# pilihan

$puisi = $puisi.$kesimpulan;

echo $puisi;

sampaiBilaHarusAkuSabar($namaGadisYangAndaRindukan, $hatiku);

Haha, puisi ini bersifat dinamik yang mana satu puisi boleh diguna berulang-ulang kali dengan maksud yang pelbagai hanya dengan mengubah nilai pembolehubah. Sebelum itu, mari kita teliti manual ini terlebih dahulu:

1. Tanda "#" dan "/* ... */" bermakna Comment. Maknanya, baris yg ditulis selepas tanda "#" atau "/* ... */" tidak akan mengganggu skrip pengaturcara.
2. Tanda "$" bermakna Variable. Maknanya, sebarang perkataan yang dimulakan dengan "$" merupakan satu pembolehubah.
3. "function" adalah satu struktur pengaturcara atau prosedur yang mesti dilaksanakan apabila diguna atau dipanggil.

bersedia? baik, mari kita cuba. Untuk memastikan puisi ini berjalan lancar, kita harus menggunakan "function" supaya prosedur itu dapat dijalankan dengan sepatutnya. Puisi di atas berbunyi seperti berikut.

Rindu
Pada dirimu
Pada senyummu
Pada tawamu
Pada sinar matamu
Pada kata semangatmu
Aku Rindu padamu Hidayah
Adakah ini namanya cinta?

Baik, mari kita melihat contoh-contoh lain. Katakan anda terkenangkan kekasih anda yang bernama Nazihah tetapi nilai $usaha sekadar 4 sahaja . Maka, puisi ringkas anda akan menjadi sebegini:

$namaGadisYangAndaRindukan = "Nazihah";
$hatiku = "Terkenang";
$usaha = 4;
$kesimpulan = "Rasakah kau apa yang kurasa?"

Terkenang
Pada dirimu
Pada senyummu
Pada tawamu
Pada sinar matamu
Rasakah kau apa yang kurasa?

Seterusnya anda berasa marah dengan gadis pilihan anda yang bernama Fatin. Anda sangat marah hingga meletakkan nilai $usaha kepada 7. Maka, puisi ringkas anda akan menjadi seperti berikut:

$namaGadisYangAndaRindukan = "Fatin";
$hatiku = "Marah";
$usaha = 7;
$kesimpulan = "Benci tentang segala-galanya"

Marah
Pada dirimu
Pada senyummu
Pada tawamu
Pada sinar matamu
Pada kata semangatmu
Aku Marah padamu Fatin
Aku Marah padamu Fatin
Benci tentang segala-galanya

Saya telah mencuba skrip pengaturcara ini pada php5 dan Apache. Kepada programmer yang mahu cuba memahami konsep puisi, mungkin ini boleh dijadikan panduan. Jika anda bukan programmer, tahniah! anda telah belajar sesuatu yang baru hari ini. Jika anda tidak faham, ajukan soalan di kotak komen di bawah.

Baca perbualan