Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
My 5 Childhood Not-So-Famous Favorite Cartoons!
- cahatomic
- 16 years ago
- 3,022
"Weh, tengok link ni!"
Seorang junior di MMU dulu memberikan aku pautan youtube di
YM pada suatu malam. Aku klik.
"Syitt!! Mana kau dapat?!"
Aku ekstatik. Dia gelak besar. Bangga.
Kalau setakat orang beri pautan lagu intro kepada cerita ni,
memang berlambak dalam youtube. Aku sendiri dah jumpa tanpa perlu
bersusah-payah. Tapi yang ni merupakan klip video penyanyi asal!!
Wah!! Dan ekstatikku berterusan. Memang kool!
*Marah Aziz Deraman tengok
aku main pinjam perkataan Inggeris sesuka hati. Rumah selang satu je. Koh koh.
Klip di atas adalah OST kartun Kickers. Untuk yang tahun
1993 merupakan sebahagian zaman kecilnya, yang hari Ahad 5 petang tak ke
mana-mana melainkan menonton TV, pastinya mengenali cerita ini.
"Macam ni rupanya penyanyi asal dia. Oooooo."
***
Akibat euforia klip yang aku tengok tu, di bawah ni aku nak
kongsikan 5 lagi pautan youtube kartun-kartun kegemaran aku semasa kecil dulu.
5 yang tidaklah segah He-Man, Thundercats, Transformers atau Ultraman - yang
orang dah selalu sebut.
Tapi kartun-kartun biasa, yang banyak orang dah lupa, tapi
pada aku masih kekal tak terluput di hati. Koh koh!
1. Mask
http://www.youtube.com/watch?v=p1_76ZAq9d0
Kartun ni tak silap dari aku tadika (1988) dah ada. Jiran
selang satu rumah aku (yang bila besar pergi rakam Nasha Aziz melalui pendingin
hawa) ada toy dia yang paling kool sekali - lori Rhino! Mahal beb, adalah
seratus lebih jugak.
Aku cuma ada motor Piranha orang jahat! $6.90 (masa tu tak
pakai RM lagi :p)
Pautan yang aku kasi ni siap kepada episod 1. Saja. Teringat
kegemilangan Matt Tracker, anaknya dan robot hati kering T-Bop.
Lirik lagu dia memang berhantu! "Masked cruusaderss, working
overtime! Fighting crime!"
Aaaahh.
2. Starcom
http://www.youtube.com/watch?v=pwwhZHERlG4
Cerita dia takdelah layan sangat, tapi mainan dia memang
super menarik! Space fighter yang
cun-cun! Siap ada magnet untuk action
figure tu berdiri atas kapal masing-masing. Haha! Kat rumah aku ada sebijik
kapal pejuang dia, tapi dah broken punya lah. Jiran aku tertinggal kat rumah
aku kut? Aku tak pernah pun beli!
3. Voltron
http://www.youtube.com/watch?v=tZZv5Z2Iz_s
Cerita 5 ekor singa bedebah ni memang klasik. Yang kat dada
dia tu salib ke ah? Main bedal je agung-agungkan dulu. Hish! Mainan dia dulu pun
seperti biasa, aku tak beli, tapi ada la seekor dalam simpanan,
pinjam-tak-pulang dari jiran selang tiga rumah. Besi padu beb mainan dia.
Baling kat kepala confirm berdarah!
Buku cerita bersticker pun ada dulu kat rumah. Abang aku
yang kumpul kut.
Pautan waktu nak sambung jadi robot ni adalah detik paling koolness buat aku.
*Voltron season baru yang kereta banyak-banyak bersambung
jadi robot tu aku dah tak minat sangat.
4. Dino-riders
http://www.youtube.com/watch?v=PnHuNUNV0BE
Sesetengah orang mungkin terkeliru dengan cerita
Dinosaucers. Tapi aku pasti inilah cerita haiwan pra-sejarah yang aku minat
dulu. Orang baik berkomunikasi dengan dinasour melalui ‘rantai hikmat', orang
jahat kuasai dinasour pakai ‘topeng pukau' (suka hati je namakan benda-benda
tu)
Cerita ni jugalah yang buat aku kenal haiwan-haiwan ni
walaupun pengkritik kata fakta yang diberi tak tepat. Well, lebih baik dari tak
kenal langsung.
5. Spiral Zone
http://www.youtube.com/watch?v=uvHxhUyPiq4
"Earth most powerful soldiers, or earth's lassst channcee,
against the spiiraaaal zoooonnnne!"
Last but not least, tak ramai rasanya yang ingat cerita ni. Selain
GI Joe, cerita ni memang menaikkan semangat keperwiraan aku dulu. Haha. Vehicle fighter ketua yang baik tu
memang aku idolakan. Tayar besar sebijik. Pastu meriam! Fuh! Mari menentang
zombiee!
Cerita-cerita lain yang aku layan jugak, tapi selalunya
layan sebab nak tunggu cerita yang aku minat ditayangkan:
Robotech (pukul 8 pagi sabtu eh cerita ni?
First sekali! So layankan aje lah).
Jem (Ini pun cerita awal pagi, terpaksa
dilayankan)
Care Bears, Gummi
Bears, Smurf, My Little Poney and Friends (semua ni cerita-cerita terpaksa tonton sementara
menunggu rancangan lebih menarik seperti The
Girl From Tomorrow - Alam Ria Cuti Sekolah Disney
*(Oh, abang aku ada download TV series ni dari torrent!
Haha!)
Ok, rasanya berhenti sampai sini dulu kut. Aku baru perasan
kalau aku nak senaraikan semua kartun kegemaran masa kecik dulu memang tak
habis!
Akhir sekali, kenapa kartun-kartun zaman sekarang lagu dia
dah tak sebest dulu-dulu eh? Atau akukah yang prejudis kerana sudah meningkat
dewasa ketika ini? Anda bagaimana?
p/s - Entri akan datang: 5 rancangan bukan-kartun yang aku
minat, yang tak berapa famous tapi
masih kekal tak terluput di hati.