Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Ada ahli Kapasitor mahu berkongsi cerita di pejabat dan karier ke seluruh negara?

  • zamri
  • 16 years ago
  • 1,610

 


 

Assalam alaikum wbt

Alhamdulillah, buku Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart sedang dicetak dan bakal menemui pembaca pada Julai ini.

Kini saya sedang menyiapkan manuskrip Mengurus Konflik Cara Streetsmart.

Sudah pastinya Tuan dan Puan para pembaca adalah keutamaan saya.

Kisah dan tip Tuan dan Puan merupakan kisah benar yang boleh membantu semua orang. Jika pernah membaca buku Dale Carnegie, buku itu dipenuhi dengan idea-idea orang ramai di sekelilinya. Ia membantu dan memberi kegembiraan kepada orang lain!

Marilah kita sama-sama berkongsi idea kita. Terbuka kepada semua rakan-rakan di Brunei, Malaysia, Singapura dan Malaysia.

Saya ingin menjadikan suara anda kedengaran dalam buku terbaru ini. Bagaimana?

1. Kongsi pengalaman manis dalam mengurus konflik di pejabat atau di luar pejabat. Jika ia kisah manis, nyatakan nama individu dan organisasi terbabit. Ia akan menjadi puji-pujian anda kepada mereka!

2. Kongsi pengalaman pahit dalam mengurus konflik di pejabat atau luar pejabat. di pejabat atau diluar pejabat. Jika ia kisah pahit, rahsiakan nama individu dan organisasi terbabit. Ia akan menjadi teladan kepada kita!

3. Beri tip-tip dan petua berdasarkan kisah anda, pengalaman orang lain atau nasihat bos.

4. Berapa panjang? Sepanjang yang mungkin. Lebih panjang, lebih bagus dan lebih jelas. Tidak ada had. Saya akan mengadaptasi dan mengulas perkongsian Tuan dan Puan.

4. Jangan lupa nama penuh dan organisasi ditulis sepenuhnya sebagai tanda terima kasih saya kepada Tuan dan Puan dalam ruangan dedikasi. Mungkin buku ini akan menjadi hadiah dari Tuan dan Puan kepada organisasi kelak.

5. Gunakan formula ini bagi memudahkan perkongsian Tuan dan Puan.

Siapakah terlibat
Apa yang berlaku
Bagaimana ia berlaku
Kenapa
Apa pengakhirannya

5. E-melkan kisah dan tip ke emel berikut zamrimohamad@gmail.com sebelum 30 Jun 2008

Baca perbualan