Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

5 cara untuk membawa lebih banyak traffic ke website anda

  • jojo
  • 16 years ago
  • 2,765

 

Kita berada dalam era kemajuan industri IT. Industri IT di dunia adalah sangat sinonim dengan pendekatan web. Maka, satu kewajiban seperti Fardhu Ain bagi setiap individu mahupun sesiapa sahaja yang terlibat dalam dunia IT untuk mempunyai sebuah laman web sendiri.

Maka, berlumba-lumba manusia ini yang membuka laman web di blogspot. Terdengar pula dari kawan-kawan tentang Google Adsense, Text-Link-Ads, Yahoo! Panama, doubleclick dan macam-macam lagi jenis iklan Click Per Pay yang boleh memberi duit kepada empunya website jika mereka klik pada iklan itu.

Saya tidak ada halangan dalam penglibatan anda mencari wang di internet. Jika caranya, hasilnya dan sumbernya adalah halal.. maka halallah setiap sen yang anda dapat itu. Tapi, tahukah kamu wahai empunya website cara yang sebenar dalam mempromosi website kamu?

Yang mengaku IT savvy akan mendabik dada berkata "YA, SAYA TAHU MEMPROMOSI WEBSITE SAYA!" Bagaimana caranya? "MUDAH! TARUK SAJA LINK DI KAPASITOR, PASTI ADA YANG MASUK KE WEBSITE SAYA NANTI"

Betul ke cara macam tu?

Selaku tuan punya kepada Kapasitor, saya langsung tidak ada halangan untuk anda mempromosi website anda di Kapasitor. Jika difikirkan secara logik, saya ada kuasa untuk membuang mana-mana post dalam Kapasitor yang saya rasa tidak releven, kurang ajar, tak memenuhi kriteria yang saya mahu, yang tidak mengampu saya atau 1001 alasan lagi. Otak saya penuh dengan idea putar belit alam. Insya Allah, untuk menyusahkan anda semua dan memaksimumkan kebencian anda semua kepada saya.. saya mampu memberi 1001 alasan.

Tapi, apa gunanya?

Saya faham sikap tamak manusia sebab saya sendiri adalah manusia dan saya mengaku saya juga tamak. Jika anda mahu membawa audien di dalam Kapasitor ke website anda, silakan. Saya tidak marah. Tidak perlu marah kerana membaca adalah hak milik setiap insan yang tidak buta huruf. Di sini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana cara yang tepat utk mencuri traffik di Kapasitor.

1. Pastikan anda menulis isi kandungan yang baik.

Ini paling penting. Manusia yang terserlah rakusnya dalam mencuri traffik di Kapasitor akan meletakkan satu baris ayat sahaja di ruangan komuniti seperti: "Laman web saya ini membincangkan tentang pengurusan kereta. Silalah klik". Dah, itu saja. Percayalah cakap saya, sangat-sangat sedikit manusia yang akan klik pada url yang anda tulis sebab mereka sendiri akan menyampah dengan apa yang anda tulis. Silap hari bulan, kamu akan masuk dalam ignored list mereka. Dan lebih teruk lagi, diberi julukan SPAMMER.

Kapasitor adalah web jaringan sosial (social networking) yang mementingkan isi kandungan (content). tahukah anda, secara purata pengguna di Kapasitor menghabiskan masa 15 minit sepanjang sessi mereka berada di sini. 15 minit ini, digunakan untuk MEMBACA. Tulislah panjang  macam mana pon, pasti mereka akan MEMBACA. Dan, itulah yang KAMI cuba mendidik anda semua. MEMBACA.

Maka, jika mahu membawa pengunjung Kapasitor ke website anda, tulislah sesuatu sekurang-kurangnya 100-200 patah perkataan dalam ruangan anda itu. Misalnya, jika website anda bercerita tentang kereta, maka tulislah sesuatu tentang kerata dan linkkan kepada website anda.

2. Bina kredibiliti anda semasa menulis.

Menulis dengan isi yang bagus, point yang kental dan ada reference yang sahih boleh menaikkan kredibiliti seseorang. Yang penting di sini, pembaca akan tahu yang anda TIDAK BERBOHONG atau MEMBUAT SELF-ASSUMPTION sendiri (melainkan jika anda menulis sesuatu yang memang tidak perlu reference; misalnya bercerita tentang mimpi anda semalam. Perlu ada reference ke dalam menulis mimpi?).

Jika anda menulis dengan gaya remeh, cerita terhegeh-hegeh, tak ada isu dan hanya mahu popular.. anda dinasihatkan supaya memperbaiki penulisan anda.

3. Bersosial

Fikir secara waras dan jangan terlalu tamak. Anda berjalan di dalam One Utama, dan setiap orang yang anda jumpa anda akan greet mereka dan menyuruh mereka masuk ke website anda. Tidakkah anda rasa tindakan anda melayakkan anda dipukul dengan sepatu?

Sama juga konsep di Kapasitor. Relationship dan Social-ship perlu ada. Berkawan dan berkenalan dengan seluruh ahli Kapasitor mungkin tidak logik tapi sekurang-kurangnya kenallah barang 3-4 orang. Tidak ada sebarang larangan dalam Kapasitor untuk anda berkenalan mahupun mencari jodoh. Apabila anda telah mempunyai pertalian yang rapat dengan mereka, barulah mereka akan senang dengan anda dan sedikit sebanyak membantu mereka untuk PERCAYA dan melawat website anda. Sebagai contoh: tahukah anda ada seorang lagi ahli dalam Kapasitor yang turut menghasilkan Prasasti dalam bentuk dan gaya beliau sendiri? (saya yakin anda akan klik pada sekurang-kurangnya 2 link yang saya beri). Saya tabik beliau kerana selain dari sibuk dengan urusan sebagai seorang businessman, beliau masih mencuri masa melakukan sesuatu yang beliau minat.

Jadi, persoalannya di sini. Mengapa anda klik pada link yang saya beri di atas? Adakah sebab curiosity? atau ayat yang saya tulis bersifat informatif? atau sebab anda kenal saya, lantas anda percaya yang link saya beri itu tidak akan membawa anda ke website lucah? (Ya, saya tak perlu letak link ke website lucah, saya yakin kebanyakan anda lebih advanced daripada saya).

4. Keluar dari kepompong.

Saya maklum kebanyakan anda telahpun mempunyai blogspot, blogdrive, wordpress, vox, friendster blog, myspace blog, yahoo 360 atau 1001 blogspace sendiri. Tidak pernah terlintas di hati saya untuk menyuruh anda menutup terus blog anda itu. Zinggof, salah seorang dari sidang pengelola di Kapasitor juga mempunyai blog beliau sendiri. Penulis puisi idola saya; siberkop juga mempunyai blogspot beliau sendiri. Myelina Tashiro dan Alhaddads malah mempunyai yahoo! groups mereka sendiri.(sini dan sini) Elang, salah seorang ahli kuat dalam bidang sastera dari jiran kita di Indonesia juga mempunyai komuniti beliau sendiri. Tak pernah terlintas pun di hati saya untuk menyuruh mereka menutup blog @ komuniti mereka semata-mata untuk memberi laluan kepada Kapasitor.

Pokok pangkalnya, janganlah anda hanya terperap dalam satu tempat sahaja. Daftarlah nama anda dalam blogspace mana-mana sekalipun, yang penting usaha anda untuk memajukan diri dan minat anda yang perlu dibaja. Malah, Kapasitor sendiri ada account dalam Myspace, Friendster, Multiply, Hi5, Newsvine dan pelbagai lagi. Nah, jika anda mahu menarik mereka ke website anda, selitkan link itu berserta dengan kandungan (content) yang anda tulis. Dengan cara ini, orang yang membaca tidak akan menggelarkan anda SPAMMER.

5. Pastikan tajuk anda sesuatu yang menjana pemikiran manusia.

3 TEKNIK MEMUASKAN ISTERI ANDA, RAHSIA BERTAHAN LAMA DI MALAM JUMAAT, BILL GATES MAHU MEBUAT AMAL JARIAH.

3 Isu di atas jikalau saya beri linknya, mungkin ada yang berebut-rebut mahu klik pada link tersebut. Kenapa? Adakah kerana kamu bernafsu kuda? kamu gila duit? atau kamu percaya kepada saya?

Untuk membawa pengunjung ke website anda, anda harus memikirkan dengan kritis satu tajuk yang mampu menglonglaikan target audience anda. Tak percaya? Tanyakan kepada ahli kita bernama Zamri. Beliau bukan sahaja seorang penulis bebas malahan beliau lebih ahli dalam membicarakan hal ini. Lihat setiap tulisan beliau. Dari cara beliau menulis, saya berkeyakinan bahawa beliau adalah penulis yang serius dan mahu mencapai tahap professional. Tidak pernah pula beliau tulis 10 patah perkataan saja dalam penulisan beliau melainkan beliau menulis supaya anda MEMBACA dan kemudian akan klik pada link yang beliau berikan.

Itulah 5 cara yang saya nampak berdasarkan pengalaman cetek saya dalam dunia internet dan penulisan kelas 3 saya ini. Maaf jika ada terkasar bahasa. Tiada lain tujuan saya menulis sebegini melainkan untuk memberi ilmu dan  supaya anda dapat manfaatkan pula untuk kebaikan anda dan masyarakat di sekeliling anda.

P/s:

Sejujurnya, saya menulis dengan panjang lebar ini adalah kerana agak terkilan dengan saudara serunaifaqir yang menulis Jemput Ke Blog Resensi Tak Formal kerana pada pendapat saya, selaku seorang penulis yang memenangi Hadiah Sastera Exxon Mobile, kesilapan ini tidak sewajarnya dilakukan kerana ini akan memberi impak terhadap karier anda selaku penulis.

 

Baca perbualan