Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Katakan Tidak Kepada Plagiarisme!

  • jojo
  • 16 years ago
  • 3,801

 

Perkembangan internet bermakna bertambah satu lagi cabang kepada kita untuk menyalurkan kretiviti. Jika secara tradisionalnya kita menggunakan pena dan kertas, sekarang kita memerlukan blog dan komputer. Sementelah pula, servis blog banyak yang diberi percuma dan hampir semua kita mempunyai emel sendiri. Maka, one-click-away untuk kita berkarya sudah tersedia di depan mata.

Muncullah pula satu ancaman baru yang berupaya membunuh kreativiti. Plagiarisme dan pencabulan hakcipta. Biasanya dilakukan oleh manusia durjana yang miskin idea dan diberi akal yang sempit untuk mencari wang. Mulalah mereka ini menelaah dan menyelongkar setiap laman blog mahupun forum untuk mencuri idea orang dan menggunapakai untuk kepentingan peribadi.

Terpanggil untuk berkongsi sesuatu dengan Kapasitor, saya terjumpa satu cara yang saya rasa antara yang terbaik untuk menyelesaikan isu plagiarisme dan pencabulan hak cipta. Pandangan yang diberi oleh saudara Zaini Kosnin melalui laman blog beliau nampaknya munasabah dan logik untuk dilakukan. Berikut adalah sedikit saduran daripada tulisan beliau:

"Selesai mencetak hasil karya kita, buat satu surat akuan yang menyatakan bahawa karya tersebut adalah karya kita. Buat dua salinan surat. Perlu ingat bahawa surat akuan tersebut haruslah menyediakan ruang di bahagian bawah untuk ditandatangani oleh PESURUHJAYA SUMPAH.

Kemudian bawa karya/skrip dan surat akuan tersebut berjumpa dengan PESURUHJAYA SUMPAH. Minta PESURUHJAYA SUMPAH menandatangani dan cop kedua-dua surat akuan tersebut, dan juga di atas muka depan skrip tersebut. JANGAN LUPA TULIS TARIKH PENGAKUAN DAN PENGESAHAN PESURUHJAYA SUMPAH."

Untuk penyelesaian secara menyeluruh, sila ikuti laman blog beliau.

p/s:

Cara ini hanya relevan untuk karya offline. Bagaimana pula dengan karya online?

Baca perbualan