Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Bagaimana menggunakan RSS dalam Kapasitor?: Part 1

  • jojo
  • 17 years ago
  • 2,464

 

Ok, mesti korang semua perasan kan ada satu icon RSS (Really Simple Syndication) hampir di setiap page kat kapasitor ni. Kitorang takkan buat bende ni kalo tak ada guna. So, hari ni aku nak share sedikit ilmu yang tak seberapa ni dengan korang semua. Ready?

Salam semua,

RSS adalah satu format dalam bentuk XML (Extensible Markup Language). Satu kelebihan utama penggunaan XML adalah ia dapat dibaca oleh apa-apa bentuk aplikasi kerana sifatnya yang berplatform bebas. Konsep RSS adalah menyedut data daripada pengkalan data (database) untuk dibaca dan ditaksirkan ke dalam bentuk yang mudah dibaca merentasi segala jenis platform daripada Linux ke Windows, daripada software ke web browser.

Untuk tutorial hari ini, kita akan belajar bagaimana menggunakan RSS dalam Kapasitor dengan menggunakan Google Reader sebagai penyedut data daripada Kapasitor. Mula-mula sekali, sila klik pada icon kapasitor rss badge dalam Kapasitor di sini.

klik+icon+rss

Dapatkan link RSS ini melalui url bar di web browser anda. Copy ke clipboard anda.

url+rss

Kemudian sila login ke Google menggunakan akaun Google anda. Jika anda tidak ada akaun Google, sila mendaftar untuk mendapatkan akaun Google secara percuma atau minta rakan anda menjemput anda menggunakan GMail.

kapasitor_login_google

Setelah anda login ke Google akaun anda, klik pada ADD SUBSRIPTION yang mempunyai latar belakang berwarna hijau.

add+subsciption 

Paste url RSS yang anda copy daripada Kapasitor sebentar tadi ke dalam ruangan di bawah. Klik butang ADD apabila anda sudah selesai

paste url

Nah, inilah hasilnya. Anda akan dapat mengikuti cerita-cerita terbaru daripada Kapasitor tanpa perlu merefresh page Kapasitor setiap 5 minit. Selain daripada Kapasitor, jika anda terlihat sahaja icon RSS ini di laman web lain, anda boleh menggunakan cara yang sama untuk menyedut cerita daripada laman web tersebut. Misalnya, jika anda mahu menyedut berita-berita terbaru daripada Harakahdaily.net, anda bole menggunakan link ini.

http://harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_rd_rss&id=1

rss done

Sekian sahaja tutorial penggunaan RSS dalam Kapasitor. Tunggu Bahagian 2 di mana anda belajar bagaimana caranya mengintegrasikan RSS ke dalam Google Personalized dan Blogspot. Terima kasih.

Baca perbualan