Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

S.H.A.Z.M.I.E.Y ~ apa ada dengan nama??

 

Okey, aku tahu.. sejak ada laptop baru ni (tak habis lagi keexcitedan ni), kalau boleh macam hari-hari aku nak update blog aku. Well, just give me the chance la.. Lepas gian melayari alam maya...

Hari ni aku bukan nak cerita tentang peristiwa di sekolah. Tiada yang menarik kecuali perkara yang sama... Tak bawa buku, tak buat kerja sekolah... Forget it!

S.H.A.Z.M.I.E.Y
Ramai yang pernah bertanya. Kenapa Shazmiey? Siapa Shazmiey? Gabung dengan nama boyfriend ek? Shahida + Azmiey... Siapa Azmiey?

Dia bukan siapa-siapa. Dia bukan teman lelaki aku. Namun, dia istimewa. Tiada siapa pernah kenal dia meskipun tahu siapa dia. Hanya aku yang tahu di mana dia, apa yang dia buat, bagaimana latar belakangnya. Meski aku pernah ceritakan pada mereka yang tahu, namun tak semua mereka tahu.

Hampir 12 tahun aku mengenali dia. Dia yang pertama memberikan aku makna CINTA secara am. Dia yang membawa aku ke alam kasih sayang yang abadi. Happily Ever After.. Walau aku sedar, istilah itu tak boleh pakai kecuali pada Yang Esa.

Dia lah yang memberikan senyuman, menahan air mata aku daripada gugur. Dia juga yang memyebabkan air kolam mata aku jatuh berlinangan.

Siapa Azmiey? Kenapa dia istimewa? Pernah aku nyatakan dulu, aku ada 7 cinta. Dialah sebahagian daripada cinta ke 7 ku.

Watak utama dan yang pertama dalam penghasilan karya aku. Sebuah kisah airmata yang membawa aku jauh ke alam fantasi. Aku berjaya menjiwainya buat kali pertama.. oleh itu aku abadikan namanya dalam diri aku.

Pelik ke? Terpulang. Tapi bagi aku, menulis adalah minat aku. My biggest passion and he was my first birth. Sebab itu dia.. yang paling aku sayang, yang paling takkan aku tinggalkan kecuali aku mati. Dia akan tetap aku ingat.. sampai bila-bila... erk... ehm...rasanya tak kot...

Walau banyak mana watak yang telah aku cipta, Azmiey tiada galang gantinya. Azmiey istimewa kerana sampai sekarang aku dah tak boleh nak buat watak macam dia. Watak yang meresap jauh ke dalam hati aku. Watak yang hampir membutakan mata hati aku atas nama cinta. Watak yang memberikan aku sebuah perasaan angan dalam sedar. (macam lagu mawi!) Seolah-olah aku berada bersamanya ketika itu. Begitu kuat pengaruh Azmiey pada diri aku...



daa~~

p/s:: Nama penuh dia Zulhillmy Azmiey b. Bakri.. and I am searching for guy with this name. Anyone? Girlfriend dia... NoorAdyani... they are always 17... (Psiko!)

Baca perbualan