Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Dari sisi gelapku: Berkemban, seni atau erotik?

 

Sesiapa yang pernah menonton Filem “Fenomena” lewat tahun 90 an, mungkin masih teringat adegan mandi bunga Ramona Rahman. Di tangan pengarah Aziz M Osman dan jurukamera Bad, adegan ”berkemban”  itu digambarkan dengan begitu indah sekali.  Setiap liuk leku tubuh Ramona yang sedang berkemban dari hujung rambut hinggá ke hujung kaki digambarkan begitu cantik. Aliran air yang mengalir di seluruh tubuh Ramona membangkitkan rasa cemburu penonton lelaki terhadap sang air yang sewenang-wenang mengulit mesra seluruh tubuh Ramona Rahman. Maka lelaki nakal waktu itu termasuk saya mula membuat adegan tambahan di dalam kepala dengan menambah adegan pemandangan yang lebih indah di balik helaian batik yang membaluti tubuh basah  Ramona Rahman .(hahahahah!!)

 

Kenapa tiba-tiba hari ini saya ingin bercerita tentang “Berkemban”? Sebabnya semalam saya terbaca posting Syud bertajuk petua ‘PETUA MENGGODA SUAMI DI USIA 40an'. Posting nakal syud itu berbunyi

 

“Sudahlah begitu, pakaian pun asyik kain batik lusuh dengan t-shirt Pagoda leher bulat yang ketiaknya terkoyak sedikit. Ini  sudah menjadi uniform tidak rasmi suri rumah yang tidak berseni. Sesetengahnya langsung tidak berbaju, hanya berkemban. Sudahlah berkemban, nampak bulu ketiak keriting, betul-betul macam ibu si Tenggang'”

 

Hahahahha..!!! Kesian, bagaimana ibu Si Tenggang boleh terlibat dalam polimik ini. Agaknya mereka yang buat kenyataan ini sempat melihat ibu Si Tenggang semasa hayatnya sedang berkemban. Siapalah agaknya yang memberi imej buruk kepada budaya “berkemban” ini. Agaknya dia tak pernah melihat Ramona Rahman atau wanita melayu yang lain berkemban. Jadi usah cepat melebel berkemban sebagai sesuatu yang kurang menarik.

 

Pernah lihat lelaki berkemban? Saya belum pernah dan tak sanggup nak tengok. Jadi berkemban hanyalah untuk wanita. Biarlah berkemban menjadi budaya dan hak milik eksklusif wanita melayu  sahaja. Jangan ada kaum lelaki meminta hak persamaan pula.

 

Apakah definasi "berkemban" menurut Kamus Dewan? Maaf saya tak ada jawapan, kerana buku tu tertinggal di rumah. Tapi kalau nak tahu menurut definasi saya, bolehlah saya katakan  begini, berkemban ádalah satu budaya pemakaian khusus wanita Melayu. Kain batik dipakai hinggá ke bahagian atas dada tanpa memakai apa-apa pakaian  yang lain. Berkemban adalah senonim dengan kain batik. Jarang dilihat wanita melayu berkemban dengan kain pelikat kecuali ketika berlaku kecemasan tatakala anak tiba-tiba mengetuk pintu bilik pada waktu malam terutama pada malam Jumaat.

 

Bagi wanita melayu, biasanya berkemban sering dirujuk sebagai persiapan untuk mandi. Tetapi melalui pengalaman saya, berkemban juga ada lah satu cabang seni isteri untuk mengoda suami. (hahahah!! Maaf kalau statemen ini menggangu keselesaan sesetengah pembaca)

 

Bolehkah kalau saya katakan, berkemban ini merupakan budaya unik wanita melayu, Saya belum menemui foto wanita Eskimo sedang berkemban, atau wanita puak Zulu di Afrika berkemban. Malah wanita Cina dan India di Malaysia tidak berkemban. Wanita di Jepun juga tak pernah berkembang ketika mandi di sungai. Di Jawa pada suatu masa dulu, wanitanya tak berkemban kerana kain dipakai setakat pinggang sahaja, dada dibiarkan terbuka.

 

Saya masih teringat pada zaman kanak-kanak saya dulu di sekitar akhir tahun 70 an, pada masa itu di kampung saya, bekalan air diperolehi melalui perigi. Pemandangan kaum wanita mandi berkemban dikawasan terbuka pada waktu itu adalah pemandangan biasa sahaja. Tidak pernah menimbulkan apa-apa isu hangat seperti sekarang ketika artis-artis perempuan melayu berkemban menghadiri majlis anugerah dan sebagainya.

 

Bagaimanakah sudut pandangan anda tentang berkemban? Adakah ianya seni budaya melayu atau satu budaya erotik? Boleh anda beri saya jawapannya.

 

Cukup setakat ini. Kita jumpa lagi.

Baca perbualan