Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Meh Memasak

 

MARI BERKONGSI RESEPI: Telor Masak Kicap Daun Limau


Selamat datang ke dapur kreatif kita hari ini ye Tuan dan Puan semua. Memasak ni dah macam satu seni kreatif juge sebenarnya. Jadi, jangan sia-siakan bakat anda. Kelebihan chef kita pada hari ini ialah, apabila dia makan 'lauk tunjuk' atau hidangan yang enak-enak di luar, dia akan mencubanya sendiri di rumah. Maklum, sangat kreatif kononnya. Jadi seiring dengan itu, marilah kita berkreatif dalam memuntahkan idea kita masing-masing. Janji lepas makan tak muntah sudey.

Pada siapa yang kenal dengan chef tersebut, biasanya mereka akan cakap "ape ko masak ni?", tak pun "unik dan sedikit pelik rasenya ye?", tak pun "waaaa kreatif sgt, takpelah aku segan nak makanlah. takut sakit peyut"

Takpe-takpe, saya jamin anda semua tidak akan sakit perut. Telah saya test masakan ini terlebih dahulu. Oke? Selamat mencuba!

 


Serve: Untuk dua orang makan


Bahan-bahan:

Satu sudu minyak masak tanpa kolesterol
Dua biji bawang merah - dihiris dalam posisi bulat
Dua ulas bawang putih - dilenyek
Bunga kobis - satu genggam
Dua batang cili merah - dipotong bunga
Dua biji kentang - dipotong empat segi
Tiga helai daun limau purut
Tiga biji telor tanpa kolesterol - siap digoreng dadar


Bahan untuk sup:

Dua sudu besar sos cili
Tiga sudu besar oyster sauce
tiga sudu besar kicap manis
Satu sudu serbuk all in one seasoning


Cara Memasak:

Panaskan minyak terlebih dahulu, agak-agak dah panas sila campakkan kentang dan bawang putih yang telah dilenyek itu. Selepas itu masukkan satu cawan air dan letak semua bahan-bahan untuk sup. Kacau dan kalau suka kuah dia pekat boleh tambah oyster sauce lagi. Reneh dan lepas itu masukkan telor yang telah digoreng.


Tada! Siap dah. Selamat mencuba... :D

 

test

 

chef: cik therain aka zu.

Baca perbualan