http://www.kapasitor.net/community/
Arts  Food  Literature  

tanda baca

iklaneka
 

“Hahahaha.. puisi itu lahir dari jiwa, titik dan koma itu mengongkong..” Pada 8-07-2008 at 17:21:07 PM, Upenyu telah menulis:

Yup. Tiada tanda baca...betulkan itu. ****************, pastikan anda dah edit bab tanda tu. Paling kurang pun, tanda noktah dan huruf kecil besar, juga penggunaan titik berturutan yang dah berkali-kali menegur. Kalau tak, anda juga yang rugi, sebab pengulas akan berkali2 menegur bab itu, hal yang sama saja. Sudahnya, ulasan yang diterima hanyalah bab tanda baca, sebab pengulas tak sempat nak komen bahagian lain. Kita tak dapat nak sentuh bahagian2 lain lebih detail sebab tertumpu kepada kesalahan besar (tetapi mudah dielakkan) spt tanda baca, dan dalam masa yang sama, kesilapan ini tak wajar diketepikan oleh yang memberi komen untuk komen bahagian lain..” .. Fahd Radzy

Bolehkah tanda baca diabaikan? Ya, boleh. Anda adalah penulis, jadi anda punya licentia poetica (poetic license) untuk melanggar aturan tatabahasa. Tapi perlanggaran ini tak harus terjadi kecuali anda pasti yang anda mampu berkomunikasi dengan pembaca secara berkesan.Hafeziftqar

 

Ya, merujuk kepada komen Upenyu maka saya senyumkan. Sejak akhir-akhir ini banyak benar teguran saya ya. Sebenarnya saya boleh endahkan, komen tentang aliran dan konsep puisi tapi saya lebih mahu mengomen benda yang jelas. Ouh, baca komen Fahd Razy, kesalahan-kesalahan ini adalah kesalahan besar. Jadi untuk kamu, saya bersusah-payah buka semua jenis puisi yang saya ada, semua jenis buku dan website yang saya mampu. Secara umumnya,

>>Puisi kebanyakan dimulai dengan huruf besar.

>>Dalam satu baris ayat harus diakhiri dengan titik dan dimulakan semula ayat seterusnya dengan huruf besar.

>>Selepas tanda seru, tanda soal, juga huruf besar.

Itu adalah yang paling basic. Kalau tak mahu ikut, sukahati kamulah. Kenapa kena ada tanda baca?

saya beri contoh jelas

sebelum saya pergi kelas saya makan nasi ayam dan daging selepas itu saya tidur

itu contoh tak ada tanda baca.

Sebelum saya pergi kelas, saya makan nasi, ayam dan daging. Selepas itu saya tidur.

Tanpa koma, pembaca tak tahu, nasi ayam atau nasi dan ayam. Juga, pembaca tak tahu, dekat bahagian mana nak stop baca. Kalau baca Al-Quran, tak ada tanda-tanda yang diharuskan berhenti kita semput rite?

Huruf besar dekat awalan tu boleh diabaikan, kalau anda tahu kenapa mahu menulis begitu. (rujuk puisi Novel Indah –therain )

Tapi penulis harus faham kenapa harus menulis begitu.

27. Licentia Poetica
27.1 (Inggeris: "poetic licence"). "Lesen puitis" merujuk kepada kebebasan yang "dimiliki" penyair untuk melakukan penyimpangan terhadap peraturan-peraturan bahasa yang mapan demi memperoleh kesan puitis dalam karyanya.

27.2 Penyair diingatkan bahawa penyimpangan daripada tatabahasa tidak harus dilakukan tanpa alasan estetika. Menurut Rahman Shaari, "penyimpangan diizinkan hanya setelah nilai estetika terjamin hasil penyimpangan itu".
27.3 Lesen puitis ini tidak boleh digunakan untuk mewajarkan kesilapan tatabahasa yang rutin.
Rujuk

Tapi, terlalu banyak tanda baca juga menyakitkan pembaca.

Contoh

Hari ini aku ke pekan,
mencari sebarang makanan,

dan minuman, untuk dibuat,

bekalan ke sekolah, nanti.

atau

Hari ini aku ke pekan
mencari sebarang makanan

minuman untuk dibuat

bekalan ke sekolah nanti.

Jadi, sebagai penulis yang seharusnya mahu puisinya dibaca, kenalah kreatif bermain tanda baca.

Tanda baca juga berbeza dalam puisi moden, klasik dan pantun. Untuk tahu lanjut? Chekgu-chekgu, silalah tampil, dan buat research anda.

rujukan

1) Memahami novel dan sajak
2)http://esastera.com/kursus/kepenyairan.htm#Modul27

3)GKLN

4)http://hafeziftiqar.blogspot.com

Saya cuma concern dan jalankan tugas saya. Sebolehnya hampir semua medium yang saya tembus saya bimbit nama kapasitor. Baru-baru ini saya dapat peluang buat buku antologi, tak lupa dalam biodata saya sumbatkan nama kapasitor. Nah, buku ini (mengikut tuan besarnya) bakal disebar-sebarkan kepada penulis mapan, perpustakaan, dan pembaca mestilah banyakkan. Takkanlah, susah-susah sy masukkan nama Kapasitor, last-last bila orang buka web ini, penuh dengan kesalahan mudah, dan tak ada orang tegur. Bak kata siberkop, memanglah kita (kapasitor) bawa kebebasan dalam penulisan, cuma kesalahan izhar ni, elakkanlah.

Kita penulis, seharusnya menjaga bahasa. Dan menjaga bahasa itu adalah dengan menjaga tatabahasa. Kalau tidak, makin banyak menulis, makin merosakkan bahasa.

Kebanyakan penulis kapasitor cenderung untuk tidak meletakkan langsung tanda baca. Atas sebab ::  satu, takut melakukan kesalahan, :: dua, tak mahu aliran bacaan menjadi lain :: tiga, act, tak tahu

Jujurnya, saya sendiri tak boleh nak beritahu semua kat sini, sebab dah saya cakap, untuk puisi moden, klasik, pantun gurindam bla2 sumanya mempunyai tanda baca yang sendiri.

Tapi, mudahnya saya boleh beritahu begini.

dalam satu rangkap biasanya mempunyai satu ayat (dalam puisi moden). Jadi, pada akhir setiap larik (baris) tidak digalakkan diletakkan koma, dan awal larik seterusnya tak digalakkan dimulai dengan huruf besar. Ini memberi kesan terputus. Kalau mahu ada dua ayat dalam satu rangkap, letakkan tanda titik (atau koma<< tak digalakkan dalam puisi moden) kemudian mulakan ayat baru di larik baru bermula dengan huruf besar.

Tapi, kalau setiap rangkap itu cuma satu ayat, tidak pula wajib meletakkan apa-apa tanda atau huruf besar untuk menandakan awal ayat atau akhir ayat. Sebab, rangkap itu sendiri sudah memutuskan ayat. Tapi, untuk menghormati hukum, bagi saya (setelah berpuluh-puluh puisi saya perhatikan) puisi yang elok itu setiap rangkap dimulakan dengan huruf besar, diakhiri dengan tanda titik.

Contoh untuk satu ayat satu rangkap.

Aku pergi menjauh
dari laut yang bergelombang penuh
menunggu ombak datang.

Contoh dua ayat satu rangkap.


Pada ombak itulah
aku mohon ada bayangmu.
Kerna telah lama jadi penunggu
untuk menggapainya.

 

Ini adalah contoh dari puisi Keliru- jemmy76

Siapa kamu?
Kamu adalah aku
Yang mengalir dalam uratmu
Bersatu dalam darah pekat merah
Menyelit nafas dan zat

kalau ditulis dalam satu ayat... akan jadi begini

Siapa kamu? Kamu adalah aku Yang mengalir dalam uratmu Bersatu dalam darah pekat merah Menyelit nafas dan zat

sepatutnya

Siapa kamu? Kamu adalah aku yang mengalir dalam uratmu, bersatu dalam darah pekat merah, menyelit nafas dan zat.

oleh kerana koma dan larik mempunyai tujuan yang sama, maka bolehlah ditulis begini

Siapa kamu?
Kamu adalah aku
yang mengalir dalam uratmu
bersatu dalam darah pekat merah
menyelit nafas dan zat.


itu hanya contoh. Ada banyak lagi cara menulis. Saya cadangkan banyak buat own research dan byk membaca.

ouh, benar, puisi lahir dalam jia dan terus ke tangan. Sudah banyak kali sya baca caha menulis tips untuk menghasilkan karya yang kemas dan baik. Bukan sekadar caha, myelina, therain dan ramai lagi turut bercakap benda yang sama. Jadi saya hanya ulang tips.

kalau dapat idea, terus catit/taip dimana-mana sahaja TAPI jangan publish dulu simpan karya at least sehari (peram). Kemudian baca sekali lagi. Manalah tahu, ada idea tambahan ataupun datang sesuatu yang lebih baik untuk ditulis. Sebelum publish karya, sekurang-kurangnya baca 3 kali. Semak kesalahan bahasa, typo, tulisan, jarak tulisan, saiz, format, jauh dekat, huruf besar kecil, tanda baca, kosakata.


Jadi, tak kesahlah dari jiwa ke punggung ke, kalau amalkan tips 3 tuh, boleh aja kemas. =)

 

safwanfital


Share!Email

about the author

ApuN

esok malam kita lihat bulan, aku lihat engkau. esok malam kita lihat bulan, aku lihat aku.esok malam bulan lihat kita yang saling beku.
zInggOf | Add zInggOf as your friend | Send Message

my other posts
Sayembara Penulisan Atas Talian | 1225 reads
Lihat bila tarikh anda kahwin | 4364 reads
Kapasitor MS : Ulasan Seksyen Puisi | 1410 reads
Hari Kapasitor .6 : Hujung Bulan | 798 reads
apunpital : Jom Broga -tamat- | 1337 reads
Hari Kapasitor .5 : Apa ini? Dan Jom Broga (Ahad) | 1040 reads
apunpital : Jom Broga | 1190 reads
View all
Comments From Facebook

Comment
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda

advertise@karyamedia.net
advertise@karyamedia.net

subscribe to kapasitor

KapaSTORE
Creative Content Marketplace

BUY NOW: Red Rabbit


admin blog