Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Back

  • mosh
  • 16 years ago
  • 667

 

Aku dah kembali ke JB. Semalam tren ke kl sepatutnya gerak 10.15pm tapi mcm biasa lambat, malah lagi lambat dari biasa, 11.45pm baru gerak. Aku tak dapat tempat tidur bawah, tapi stuck kat atas. Di bawah, hadapan, dan kanan aku malah sepanjang 2, 3 koc itu penuh ngan minah-minah dari australia yg aku rasa belasan tahun tapi badan nah kau, macam mak budak!

Seperti biasa aussie friendly, menyapa dahulu, hi! bla bla bla... Mereka rupanya dari singapura bermain netball dan ke kl untuk sight seeing alang2 dah dekat dgn mesialah katakan. Tapi yang tak beshnya, mereka ni memekak sepanjang perjalanan, dan aku rasa sampai 2-3pagi. Macam manalah aku nak tido? Nak je aku sound tapi kang ckp aku kurang sopan tapi jelas mereka ni budak2 yang suka main-main. Pakaian mereka pula hanyalah t-shirt dan seluar yg sangat2 pendek menampakkan peha-peha yg putih. hahaha. Jelas tak sentitif pada budaya negara kita. Dan sepanjang perjalanan membandingkan tren ktm dan tren mereka.

Tak lama seorang penumpang perempuan india (aku agak la dari suara dia) memarahi budak2 aussie ni supaya senyap. Mungkin tak tahan geram dan marah. Aku pun dah berapi sebenarnya. Esoknya sampai kl sentral jam 7am. Oleh kerana PUNB dekat sahaja, maka kami makan dan mandi di sentral sementara tunggu temujanji 11.30am.

Meeting berjalan lancar hingga 12.30pm. Konklusinya aku kena hantar beberapa lagi dokumen syarikat dan beberapa dokumen lain kepada mereka. Rasanya ada harapan untuk dapat panggilan ketiga.

Balik naik bas 4.30pm ,sampai 9pm (cepat gak). Makan dan balik umah ngk DVD (haha), tapi still resah tak boleh tido walaupon badan memang penat. So aku ke futsal utk check bisnes. Ada tempahan jam 3am, so aku di sini menaip utk membunuh masa. Till then..chow!

Question...

tot2

Baca perbualan