Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Cabaran Gusti Lengan di UKM, 19 & 20 Julai, 2008

 

Dengan izin tuan moderator, nak buat promosi pertandingan sikit.

 Poster Pertandingan Gusti Lengan UKM

Pertandingan Gusti Lengan Pesta Konvokesyen Ke 36 UKM akan diadakan pada 19 & 20 Julai di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Pertandingan ini adalah anjuran Sekreteriat Pesta Konvokesyen Ke 36 Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor.

Sebanyak 8 kategori individu dipertandingan iaitu 3 kategori bagi penuntut-penuntut Institusi Pengajian Tinggi Kerajaan dan Swasta, manakala lima kategori untuk orang awam, lelaki dan wanita. Lima kategori akan dipertandingkan untuk orang awam 75kg ke atas, 65k ke 75kg dan 65kg kebawah untuk lelaki. Manakala 2 kategori dipertandingkan untuk wanita iaitu 65kg ke atas dan 65kg ke bawah. Sementara itu 3 kategori akan dipertandingan untuk pelajar-ppellajajr IPT iaitu 70kg ke atas dan 70kg kebawah untuk lelaki dan kategroi terbuka untuk pelajar perempuan. Peserta hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun untuk menyertai Pertandingan ini.

Peserta IPT hanya dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM10.00 sahaja, manakala untuk kategori orang awam pula, yuran penyertaan sebanyak RM20 . Setiap penyertaan akan memperolehi sehelai baju T-shirt, minuman kesihatan dan sijil penyertaan.“

Encik Mohamad Razali Shaharin, Naib Presiden 1 PSLNS berkata,``Pertandingan Gusti Lengan Pesta Konvokesyen Ke 36 UKM 2008 ini merupakan salah satu aktiviti persatuan yang telah dirancang untuk tahun 2008. Kita berharap pelajar-pelajar IPT dan IPTS di sekitar Lembah Kelang tidak ketinggalan untuk menyertai petandingan ini. Untuk kategori bukan pelajar IPT pula, kita menjangkakan pertandingan ini akan turut disertai oleh mereka dari luar Lembah Kelang.”

Pihak persatuan menjangkakan lebih ramai penyertaan akan diterima untuk pertandingan kali. Ini berdasarkan sambutan yang mengalakan daripada peserta wanita pada pertandingan yang pernah diadakan sebelumnya.

``Pihak persatuan ingin menyeru agar lebih ramai peserta wanita akan mengambil bahagian kali ini. Kita jemput pelajar-pelajar wanita, pekerja-pekeja pejabat dan surirumah melapangkan masa untuk menyertai petandingan ini.“ tambah Razali lagi.

Gerai-gerai cenderamata, makanan dan minuman serta gerai pameran akan turut diadakan sempena pertandingan ini. Pada masa yang sama juga beberapa acara lain akan turut diadakan. Pihak sekreteriat menjangkakan lebih daripada seribu orang pengunjung akan datang untuk menyaksikan pertandingan ini.

Mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh mendapat borang pertandingan daripada Sekreteriat Pesta Konvokesyen Ke 36 UKM di Bangi dngan menghubungi Syafiq 017 7652810 atau Ezry 017 4004523 atau berhubung terus dengan pihak persatuan iaitu Razali 012 9722228 atau Shamsul 012-9402679. Maklumat lanjut pertandingan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web www.sukanlenganselangor.blogspot.com

 

Nota Tambah!!!

Siapa nak lawan Upenyu Chickaro?

Siapa yang ingin menentang saya dalam pertandingan gusti lengan, saya menunggu anda di sana pada 19 & 20 Julai, 2008 tapi anda mestilah mempunyai berat sekurangnya 90kg, takut nanti perlawanan berat sebelah. Kalau nak datang telefon saya di 012-9402679 Upenyu Chickaro (Mr Selangor 2002)

 

Baca perbualan