http://www.kapasitor.net/community/
Article  Information  Life  Opinion  Relationship  

ini adalah satu topik yang bosan; politik.

iklaneka
 

'sape nak join UMNO Germany tegur aku'


aku membaca status seorang rakan di yahoo! messenger. Aku menegur dia.


'umno germany? oo mann'


'aah. kalau nak join sila bagi nama dan alamat', kata dia.


'x pe lah. aku x join parti assabiyah', jawab aku.


'owh...assabiyah katanye', dia membalas.


'hehe..jangan ambik hati geng', kata aku. cepat2 utk menutup kes.


aku sentiasa mengelak bila berbual tentang politik malaysia dengan orang yang berlainan pendapat dengan aku. baik berkenaan parti mana yang betul, kepentingan menjaga hak pendatang yang bernama melayu sehinggalah kepada kes anwar. aku suka mengelak kerana aku malas nak berbalah perihal politik. bagi aku politik pada zaman sekarang lebih merupakan pekerjaan. bukan lagi perjuangan. semua kerana duit. baik pihak yang mana kita pilih, perjuangan itu hanya untaian kata yang lahir dari bibir, kurang yang benar2  dari hati.

memandangkan politik itu adalah satu pekerjaan, maka tiada gunanya kita yang tidak bekerja sebagai ahli politik ini mempertahankan pihak2 tertentu. biarlah siapa yang salah, biarlah siapa yang betul, kenapa harus menjadi pekerja tak bergaji? lebih baik kita menjadi pemerhati.

aku pernah meluahkan perasaan sebegitu kepada seseorang yang lebih dewasa dari aku. dia menolak pandangan aku. katanya, "kita tak boleh duduk atas pagar saje. kita kena pilih. tidak dapat tidak kita harus memilih salah satu pihak, kerana jika tidak kita akan terasing dari sejarah".

buat seketika, aku rasa setuju dengan pendapat itu. mungkin tidak ada yang haq dalam dunia sekarang. sekurang-kurangnya kita memilih aliran yang pada pendapat kita hampir kepada haq dan menjauhkan aliran yang batil. tapi hati aku masih menolak pendapat ini. TAK BOLEH! kata hatiku. aku tak boleh memilih yang 'hampir' betul, aku mesti memilih yang betul semata2.

aku sebenarnya kurang mampu utk menjadi pengikut kerana setiap kali aku menjadi pengikut, aku akan jadi pengikut yang fanatik. aku akan menyokong manusia, bukan pendapat mereka. Oleh sebab itu aku lebih suka menjadi ketua. seseorang yang berkuasa, kerana aku lebih suka bekerja dengan cara aku sendiri. sambil mendengar pendapat org lain.

akhirnya, aku memilih utk kembali di atas pagar. menjadi pemerhati. sehingga masa yang sesuai. kerana pada masa ini aku disini. jauh dari realiti. aku menunggu. sehingga aku benar2 yakin. pada sampai waktu itu. aku akan terjun.

berkenaan dengan kawan aku itu, dia mengakhiri perbualan dengan,

'no problem, it's ok'.

bagus lah. sekurang-kurangnya dia tak berpenat lelah menerangkan aku tentang produk terbarunya itu, kerana sesungguhnya aku tidak berminat utk membeli.


Share!Email

about the author
i am too thin!! feed me!!
fairuzar | Add fairuzar as your friend | Send Message

my other posts
SteamBot Places | 2313 reads
World Cup Final 2010 | 2769 reads
Dear TV1 | 2422 reads
Tak takut mati, tak mati | 2386 reads
Iklan: Mencari Rumah Sewa | 2786 reads
Olympic in China | 2368 reads
Bodoh bertingkat-tingkat | 2557 reads
View all
Comments From Facebook

Comment
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda

advertise@karyamedia.net
advertise@karyamedia.net

subscribe to kapasitor

KapaSTORE
Creative Content Marketplace

BUY NOW: How To Deal


admin blog