Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

KLISE

 

KLISE
Selalu kita dengar manusia membebel dengan perkataan Klise. Kadang kadang diselangi dengan satu serangan berbunyi STEREOTAIP

Apakah defisini Klise?

Klise bermaksud kata-kata atau frasa yang telah pudar, kurang segar dan kurang asli kerana terlalu sering digunakan atau selalu diulang-ulang sehinggakan pembaca merasakan seuatu yang baharu atau indah. Ia juga bersifat stereotaip. Tidak dapat memberi sumbangan besar dalam sesuatu karya.

. 1. Frasa sastera atau perkataan di dalam jurnalistik yang

lazim digunakan, bersifat stereotaip atau elektrotaip.

2. tiruan (bukan asli), ungkapan yg sudah terlalu sering digunakan hingga tidak lagi terdapat keistimewaannya atau kesannya.

*stereotaip = (stéréotaip) tidak mengandungi atau menun

jukkan ciri-ciri dsb yg baru atau asli, biasa sahaja sebagaimana yg seringkali kedapatan (kedengaran dsb): pendekatan dan kaedah pengajaran amat ~, terkongkong, dan konvensional; temanya ~ tetapi perutusannya itu dipentingkan.



Contoh-contoh ayat yang klise ::

 Angin laut segar bertiup  Bayu menyampaikan salam  Pungguk rindukan bulan   Tegak macam kayu   Lurus bendul   Aku sayang kamu


Apesal pulak takleh klise?

Tidak ada larangan dalam menghasilkan karya yang penuh dan sarat dengan klise. Seperti mana juga tiada larangan tak mahu ikut tatabahasa. Tapi, sebagai seorang penulis yang cerdik dan kreatif, sepatunya mencari ruang untuk keluar dari zon klise dan stereotaip.

Karya klise merupakan suatu bebanan kepada pembaca (apatah lagi mod/admin hahaha). Secara peribadi, bagi saya karya klise yang tak berjaya dibangunkan dengan berjaya akan menjadikan mood membaca down! Menjadikan loya, muak, bosan, geli, geli hati, dan mungkin tanpa perlu membaca habis suatu puisi akan dirate 2 atau 1.

Klise selalu berlaku di?


Di puisi-cerpen-novel jiwang tahap dinasor!! Ya! Genre chenta!
Anda tidak akan terbuai dengan karya ini. Malah berani saya katakan, ia hanya satu ayat biasa yang bila digunakan untuk mengorat seorang awek, awek yang terhegeh-hegeh dan gedik tahap t-rex sahja akan terpikat. Maka awek yang sungguh kreatif akan menganggap penulis seperti ini adalah membosankan.

Klise merupakan satu kelebihan?


Namun, penulis yang sungguh hebat, bagi saya mampu menggunakan Klise dan Stereotaip sebagai satu kelebihan. Menggunakan ayat yang biasa sungguh didengari tapi berjaya menarik hati pembaca. Tapi ini memerlukan kehebatan literasi yang tinggi.

Menjauhi Klise?


Satu, banyak keluar dari kepompong yang tertutup. Itu paling penting. Banyakkan membaca karya kreatif yang tinggi nilai. Lihat bagaimana Usman Awang dalam Puisi Kekasih menggambarkan cinta

Akan kupintal buih-buih
menjadi tali
mengikatmu
akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu


…………………………. Selanjutnya

Usman awang

Selain itu kenal dengan gaya-gaya sastera, apa itu Paradoks, Ambiguiti, Meafora, Simile, Personafikasi, Hiperbola dan lain-lain. Tanpa mengenali semua ini pemikiran anda akan kurang terjana. Kemungkinan rasa bersalah untuk merubah suatu ayat.

Klise dari sudut?


Kalau xfaham apa itu klise jugak.
Klise merupakan sehelai baju yang dipakai oleh ramai orang dan juga

telah bosan dilihat. Ia seakan baju Tommy Hilfilger yang dulu cukup gah, tapi kalau ramai-ramai pakai baju yang sama, kita akan rasa baju itu murah. Malah, orang lagi memandang tinggi baju kapasitor limited edition dari baju TH yang ramai pakai.

Maka, kalau puisi anda dicop KLISE, janganlah rasa tak bersalah. Malah silalah bertapa dan mencari idea baru. Puisi / Sajak dan quote untuk melepaskan perasaan berbeda.

Skatilah, puisi ini dari jemari aku. Ko ape sebok?

Bagi sesiapa nak komen begitu, saya cakap kalau xmo kena komen anta kat blog sendiri lepas tu off comment boxlah bahalol. Anta kat tempat yang ada komen box, pastu orang komen xnak terima plak. Sepak jugak kang.

 

Rujukan

DBP
BUKU SASTERA
GOOGLE

 

 

iklan

1 :: puisi aku

2 :: cerpen

2 ::*ouh, selain itu, ada sape2 nak order buku saya? makin byak order, leh less byak gila2 < cet iklan, silalah ke blog saya.

Baca perbualan