Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Mahu mengelakkan KLISE dalam karya? Cuba Podsiar!

  • jojo
  • 16 years ago
  • 1,085

 

Heya semua!

Tulisan ini digerakkan oleh rasa terima kasih kepada Apun kerana berkongsi tentang konsep KLISE dalam penghasilan karya kita semua. Syabas, saya harap ramai yang akan belajar bagaimana untuk mengoptimumkan kreativiti kita untuk tujuan penghasilan karya yang lebih baik. Kali ini, saya mahu berkongsi idea bagaimana untuk mengembangkan lagi kreativiti kita.

Kita biasa melihat para pengkarya di Kapasitor menulis. Ada juga yang mempunyai sedikit kepandaian melakar; lalu melukis. Ada yang menggabungkan tulisan dan lukisan menjadi satu (contohnya Otak). Tapi, ada sesiapa di sini pernah menggabungkan tulisan dengan audio?

Saya telah mencubanya suatu ketika dahulu. Download sini untuk mendengarnya :P

Mengikut istilah teknologi internet di kala ini, kita memanggil aplikasi kepada teknologi ini dengan nama PODCAST. Mengikut statistik dan pengamatan pakar internet dunia, podcast makin hari makin tidak mendapat sambutan. TETAPI, ini tidak bermakna aplikasinya tidak ada nilai atau value dalam karya kita.

Apa kebaikan podsiar dalam penulisan?

Apabila anda mengeluarkan penulisan anda dalam bentuk audio, maka pembaca dan mendengar anda akan lebih menghayati karya anda. Jika sebelum ini anda perlu menggunakan kreativiti dan fantasi anda untuk membayangkan situasi dalam penulisan, dengan bantuan audio penyampaian itu lebih mudah dihayati.

Selain itu, podcast atau podsiar ini juga dapat mengajar anda bagaimana menggunakan software ringkas untuk menghasilkan bunyi. Jika anda mahir dengan podsiar, maka anda setapak ke hadapan untuk menjadi seorang pengadun bunyi berbanding rakan-rakan anda yang lain.

Cabaran podsiar?

1. Kekangan masa.

Pasti anda menghadapi masalah masa apabila menghasilkan podsiar. Jika sebelum ini, anda hanya perlu menaip, sekarang anda perlu berbicara! Tapi, mengapa itu yang menjadi alasan? Anda harus berani mencuba sesuatu yang baru.

2. Kekangan sofware

Tentu anda akan terkial-kial apabila berhadapan dengan software yang anda tidak biasa. Soalan saya: adakah ketika anda pertama kali menggunakan windows XP anda telah terus mahir? Apa yang penting adalah semangat anda untuk terus bereksperimen dan mencuba.

3. Kekangan hardware

Dengan mencuba podsiar, apa yang anda perlukan adalah mikrophone. Tidak perlu ke kedai komputer untuk membeli mikrophone mahal. Anda belum bertahap professional lagi. Tak perlu berbelanja besar. Anda cuma perlukan mikrophone murah saja sebagai permulaan.

4. Kekangan perasaan

Malu? Ah, itu lumrah manusia. Tapi, anda tidak perlu malu tidak bertempat. Nasihat saya adalah: jangan malu dan takut.

Sumber untuk penghasilan podsiar

1. Sofware (Audacity dan LAME MP3 Encoder) (Tutorial menggunakan Audacity dan LAME Mp3 Encoder)
2. Mikrophone (Anda perlu beli satu)
3. Tutorial penggunaan Audacity
4. Contoh podsiar yang telah saya hasilkan beberapa waktu dahulu.

FAQ

1. Macam mana nak hasilkan podsiar dalam format .mp3?

Sila rujuk screenshot
http://www.kapasitor.net/images/audacity_tutorial.gif

2. Terlalu banyak versi LAME untuk dimuat turun. Guna yang mana satu yah?

Guna versi terbaru (v3.98) atau terus muat turun di sini

3. Saya dah muat turun LAME. Apekah itu file format .gz?

.gz adalah salah satu compression method seperti .zip dan .rar. Sila gunakan 7zip jika anda bermasalah untuk mengekstrak LAME Mp3 Encoder

4. 7zip? Saya tak tau guna 7zip! Tolong!

Baca

5. Soalan seterusnya.. macam mane nak *hmphh! hmpphh!! (mulut telah dikatup dengan penyepit baju)

p/s:

1. Ini adalah ulangan dari tulisan saya suatu ketika dahulu tentang podsiar.
2. "Podsiar" masih belum didaftarkan dengan Dewan Bahasa. Mungkin mereka terlalu sibuk untuk menggunakan bahasa baru. Jika ada perkataan khas untuk podcast dalam bahasa melayu, sila beritahu saya segera. Saya menggunakan "podsiar" sebagai hormat kepada bahasa melayu.
3. Jangan tanya saya bagaimana menggunakan Audacity. Secara kurang ajarnya, RTFM atau STFW:p

Baca perbualan