Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Adakah Kapasitor sesuai dalam proses pembelajaran?

  • jojo
  • 16 years ago
  • 957

 

Proses pembelajaran di sini bermaksud pembelajaran dalam konteks bahasa dan latihan. Adakah anda semua rasa Kapasitor hanya satu medan melepaskan masa kosong membaca atau sebenarnya boleh dijadikan tempat untuk mengasah bakat terutamanya kepada adik-adik kita di sekolah dan di kalangan kita yang masih lemah dalam bahasa? Adakah sesuai jika pelajar sekolah datang ke Kapasitor dan melakukan latihan dalam mempertajam penulisan mereka?

3 seksyen bahasa utama dalam Kapasitor iaitu Bahasa Melayu, English dan Bahasa Indonesia mempunyai ramai penulis yang hebat-hebat. Namun, ada juga antara mereka ini yang semangat belajar itu belum lelah dan berusaha memperbaik kemahiran mereka dalam penulisan. Oleh itu, adakah keterlaluan jika dikatakan Kapasitor mampu mendidik kemahiran menulis secara tidak formal? (Tidak formal di sini bermaksud satu ruang pembelajaran yang tidak mempunyai guru dan kelas, tanpa meja dan kerusi dan tanpa pena dan kertas).

Seksyen Artwork dan Music pula diketahui masih terlalu baru untuk mempunyai wawasan yang menggunung tinggi. Namun begitu, penghasilan Artworks dan Music mempunyai cita-cita lain yang sama pentingnya dengan 3 seksyen di atas. (Saya tidak akan buat sesuatu yang tidak ada gunanya satu hari nanti). Semuanya dijadikan dengan satu matlamat: Pengayaan Generasi Akan Datang.

my.Kapasitor menyediakan satu ruang untuk para ahli Kapasitor bersosial. Bersosial di sini tidak bermaksud mewajibkan para ahli minum arak dan berzina sesama mereka. Bersosial di sini bermaksud menyediakan satu persekitaran yang baik untuk setiap orang dalam menyemai minat menulis dan membaca. Di sini, hampir kesemua kita mempunyai minat yang sama. Dengan kata lain, kita semua sudah ada "teman sekelas" yang boleh membantu memperbetul apa yang salah dan menyokong apa yang betul.

Dan apakah pendapat anda jika saya katakan Kapasitor boleh menyatukan ukhwah Nusantara melalui sastera? Satu platform masa depan yang baru yang sentiasa akan diperbaik dari semasa ke semasa untuk memastikan Kapasitor terus releven dengan peredaran dunia.

Apa pendapat anda? Adakah saya terlalu optimis?

Baca perbualan