Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

My 5 Childhood Not-So-Famous TV Shows!

 

Sebagai permulaan, mari kita naikkan semangat dengan lagu ini.

Uyeh!

 

Moeroo Attackk!

Wacha.

Aku tak pasti berapa kerat dalam Kapasitor yang pernah tengok cerita ni. 18 tahun lepas beb! 1990. Aku darjah dua. Cerita yang banyak buat aku terponteng sekolah agama setiap rabu dan khamis petang. Haih! Akantare betul! (Ok, Akantare cerita lain.) Mujur aku masih beragama.

Mengisahkan tentang pasukan bola tampar Jepun yang membuat persediaan untuk ke Sukan Olimpik Moscow 1980. Heroinnya, Cun (Chun/Jun) ada agenda peribadi, nak cari mak dia! Sepanjang perjalanan beliau menjadi pemain handal, banyaklah teknik-teknik yang dipelajari termasuklah yang paling catchy sekali.. summersault berpusingggg! (Kawan aku cakap summersault berputar? Entah, yang aku ingat berpusing).

Ditayangkan di Jepun pada 1979! Haha, oldies gila. Itu menerangkan kenapa teknik penggambarannya sangatlah… (tak jadi nak sebut) ! Lighting semua kantoi.

Mengikut Wikipedia Bahasa Melayu, cerita ni sangat berpengaruh di China. Berpengaruh yang macam mana, tidak pula diterangkan. Yang aku pasti, cerita ni berpengaruh jugak di Malaysia. Try la google moero attack. Boleh jumpa banyak review orang lain mengenai cerita ni yang semuanya berkaitan pengaruh membuatkan diorang ponteng sekolah jugak. Haha!


2. Captain Power (and The Soldiers of The Future)

http://www.youtube.com/watch?v=M678PVOf5F0

Walaupun agak kartun, aku klasifikasikan cerita ni sebagai TV show biasa. Sebab tu aku tak masukkan dalam entri favorite terdahulu. Aku cuma mampu membeli toy Biodreads kerana murah. Action figure yang watak-watak baik ni mahal. Uwaa!

Untuk penerangan cerita, bolehlah tengok intro theme ni. Siap semua dia ada kasitau.


3. My secret identity

http://www.youtube.com/watch?v=MEsaA64vbE8

Kecik-kecik dulu sangat rasa cerita ini kool. Bila tengok balik lagu tema ni. Eh, betul ke kecik-kecik dulu aku suka?? Efek tah menda-menda diorang buat! Hehe.


4. American Gladiators

http://www.youtube.com/watch?v=TE3RQhok7iI

Oh, ini sajalah video terbaik yang aku boleh dapatkan untuk cerita ni. Video waktu dia lawan banyak, tapi tak dapat menyimpulkan keseluruhan rancangan ni. Malangnya video yang aku kasi ni audio and video dia tak sync. Harap ampun.

Rancangan ni klasik! Kalau dah layan, balik kampung pun terbawak-bawak. Habis semua saudara-mara join sekali main ala-ala American Gladiators ni. Habislah juga segala kusyen, bantal dan bantal peluk buat pukul-pukul dan lanyak yang lemlah. Sekaligus, habislah bapak aku menjerit marah sebab kitorang semua buat bising macam nak pecah rumah. Kohkohkoh. Ampun baaah!


5. Doogie Howser

http://www.youtube.com/watch?v=Kkr5Zo6zJak

Akhir sekali, tapi bukan yang paling kurang (last but not least?), iyaa, cerita yang memberi inspirasi untuk aku dan abang aku menjadi doktor kecik-kecik dulu. Tapi rupanya orang yang kedua tu je yang berjaya jadi. Aku? Jadi instructional designer jelah. Kohkoh.

Sebagai penutup, nah, satu lagi klip Doogie Howser. Spot the difference bebeh!

Antara cerita lain yang diminati kecik-kecik dulu tapi tak dimention di atas adalah:
Alf
Full House (yang pelakon dia ada mary kate & ashley olsen ye, bukan yang korea morea tu)


Cerita lain yang super minat tapi dah terlalu famous pula:
Kesatria Baja Hitam (apsal baja ah?)
Space Cop Gaban
Flashman
Maskman

Sekian.

p/s Pasni nak try buat Favorite Game Show lak!

Baca perbualan