Apa ada pada nombor? Bagi sesetengah orang, nombor hanyalah angka. Tapi dari pandangan Teja, ramai yang serius terhadap angka. Kaum Melayu Islam pun terikut-ikut walaupun diketahui setiap rezeki jodoh maut ditangan Tuhan. Apa ada pada angka?
Teja pun tak tahu sebenarnya. Tapi menurut rakan sekerja yang berbangsa Cina, sesetengah nombor ada'ong' (tuah). Nombor 3 & 8 terutamanya. Nombor 4 kalau boleh kena dielakkan.
Hari ini lapan hari bulan lapan dua ribu lapan (080808). Sukan Olimpik dirasmikan pada hari ini. Ramai yang berkahwin pada hari ini (termasuk sepupu belah suami Teja) dan yang paling menarik, di SJMC tempat Teja bekerja, labour ward tengah sibuk sebab ramai bakal-bakal ibu yang dah booked nak buat ceaserian hari ini! Sanggup tu...bersalin secara pembedahan ni lagi seksa tau drpd bersalin normal....
Have a nice day today everybody....kepada yang lelaki muslim kapasitor, Selamat Solat Jumaat...=)
Teja
|