Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

VICCB - Mengenang Zaman Silam

  • jojo
  • 16 years ago
  • 1,744

 

Sedar tak sedar, dah 12 tahun lamanya clip ni aku cari. Inilah trip pertama aku pegi oversea, inilah trip pertama aku beramai-ramai dengan kawan-kawan sekolah, inilah trip pertama aku ke Aussie, inilah international achievement aku (sblm Kapasitor), inilah trip international pertama untuk Victoria Institution Cadet Corps Band.

Part 1

Part 2

Kalo compare dengan VICCB sekarang, terlalu banyak beza. Dari zaman pakai uniform kadet (no.1), hentak kaki kena angkat 90 darjah, tak ada bendera-bendera, tak ada menari-menari, masih pakai bass drum yg seberat 30kg, SIDEDRUM yang bole dikata sudah pupus dari mana-mana brassband sekolah kat Malaysia, topi lidah tutup mata dan boot seberat 1 kg (wajib kilat gune kiwi tin, tak leh gune kiwi air). Peh, memang sengsara setiap kali nak datang traning. Tu tak dikira dibelasah, diseksa dan diazab di tengah panas sampai kulit yg putih jadik hitam sun-burned.

Formation dalam video ni adalah semasa World Music Festival di Sydney tahun 1996. Masa ni aku Form 2. Aku main clarinet time tu (carilah aku. HINT: Aku bukan yg paling pendek, yg main clarinet paling pendek tu junior aku Eddy) Time tu, aku sorang je form 2 dalam batch aku yang main clarinet (sbb batch aku tak ramai yg join band, takut kena blasah). Time tu, skill clarinet aku sama tahap dgn senior form 3 dgn form 4. Tapi, sekarang clarinet dah tak de dalam VICCB. Sedih gile.

yer, drum major masa ni staff sarjan Chong Chia Liang. Diminati gadis Jepun masa kitorang kat Sydney dulu. Time ni, 1st time international crowd nampak ade drum major berani baling staff dia 30m ke udara sbb time tu tak de orang gile berani baling setinggi tu. Besoknye kitorang kluar paper Sydney, highlights yg paling byk diberi berbanding STF (Tun Fatimah) time tu.

Dan, setelah didedahkan dgn formation dari band-band luar (especially dari Oarai High School dari Jepun), VI Band start buat formation pelik-pelik bile balik Malaysia (misalnye formation rotation box, angkat kaki 45 darjah, new uniform) yang gempak yg membuatkan kitorang menang National Competition 1997, setelah 17 tahun (last menang 1980) tak merasa.

ps: kredit kepada cik aimi kerana mengingatkan aku tentang VICCB

update

1. batch aku yg join sekali masa ni adelah aku (clarinet), nicholas (saxophone), ong khar leon (trombone), fazrel (trombone) dgn iskandar (trumpet).

2. kitorang tinggal kat Koala Hotel dekat area King Cross

3. time ni, jenama "Mambo" blom meletup kat Malaysia semacam mane brand "Quiksilver" dgn "OP". time beli barang Mambo, budak2 sumer pakat gelak je

4. ada acara lunch atas boat sambil menyusuri sungai Sydney. view Jambatan Sydney cross sungai tu sangat cantik. dapat masuk sydney opera house jugak.

Baca perbualan