Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Christian Si Singa!

 

Video yang diambil tahun 1971 ni jadi hit segera sejak dimasukkan ke youtube dengan lebih 20 juta orang telah menontonnya.

Mengisahkan tentang Christian, seekor anak singa yang dibeli oleh dua warga Australia, John Rendall dan Anthony 'Ace' Bourke untuk dibela. Selepas 18 bulan Christian menjadi terlalu besar untuk tinggal bersama mereka lalu dihantar ke Taman Negara Kora di Kenya.

Selepas setahun, mereka berhasrat untuk melawat Christian, tetapi diingatkan, singa yang sudah menyesuaikan diri dengan kehidupan liar ini besar kemungkinan tidak akan mengecam mereka lagi. Malah berisiko diserang.

John dan Anthony meneruskan juga hasrat mereka, dan yang selebihnya... adalah sejarah.

p/s bergenang air mata aku tengok video ni! 



Material tambahan mengenai Christian The Lion.

http://www.youtube.com/watch?v=adYbFQFXG0U
(Versi video yang lebih panjang)

http://en.wikipedia.org/wiki/Christian_the_lion
(Wikipedia)

http://www.telegraph.co.uk/earth/main.jhtml?xml=/earth/2008/07/30/ealion130.xml
(Telegraph.co.uk)

Baca perbualan