helpHelpfeedbackFeedback  Register
http://www.kapasitor.net/community/
Welcome Guest
Not a member yet? Join us.
Login if you already have registered.
Article  Information  Life  Opinion  Relationship  

Apa yang saya tak suka...
Komuniti: Life | 15/08/2008 | 15:19:31 PM | 86 Views

Sepanjang ingatan saya, selama sepuluh tahun bekerja, saya tak pernah tidur di surau semasa waktu rehat  tengahari. Namun, hari ini kebiasaan itu saya cemari. Sementelahan pula, rehat pada hari Jumaat cukup panjang untuk saya hanya duduk di pejabat tanpa berbuat apa-apa. Selalunya rasa tidak selesa dan mual boleh dikurangkan dengan mengunyah gula-gula atau coklat. Tapi saya mempunyai sejarah menghidapi diabetes semasa kehamilan sebelum ini, lantas saya harus berjaga-jaga dari peringkat awal.

 Tanpa pilihan lain, saya mencari sudut di surau dan mengerekot berkelubung sejadah. Sedar2 jarum jam telah menunjuk pukul 1.45. Cepat2 saya mengambil wuduk dan menunaikan solat zohor. Hmm... Saya mengimbau pengalaman saya yang telah lalu. Selalunya keadaan yang kurang selesa begini akan menyebabkan saya meninggalkan kebiasaan atau minat yang saya lakukan.

Sebagai contoh, sebelum kehamilan anak pertama saya cuba2 untuk berniaga biskut coklat dan mendapat sambutan yang memberangsangkan. Tiba2 saya berasa kurang selesa seperti sekarang ini dan langsung tidak boleh menghidu aroma biskut yang sebelum ini amat saya senangi. Akibatnya, saya terus meninggalkan aktiviti tersebut sehingga sekarang.

Semasa mengandungkan anak kedua pula, saya amat gemar membaca. Apa2 sahaja bahan bacaan akan saya telaah. Namun, tiba2 saya mula membenci bau bahan bacaan terutama majalah. saya sendiri hairan kerana sebelum itu saya tidak menyedari bahawa majalah boleh menghasilkan bau yang bagi saya tidak menyenangkan.  Pada masa yang sama saya juga menghindari makanan segera seperti ayam goreng yang amat saya gemari.  Tetapi berbeza dengan kehamilan pertama, minat saya kembali selepas selamat melahirkan anak kedua.

Kali ini saya belum dapat mengesan apakah yang bakal saya tinggalkan, tetapi setakat ini saya rasa tidak berminat untuk melakukan semua perkara kecuali tidur... :) Ha... Macamana agak nya tu. Sapa nak pandu kereta kalau saya nak tidur je... :). Atau, mungkinkah saya akan berhenti menulis, minat yang baru saya bina kebelakangan ini?... Sebab, saya rasa macam tumpul2 je idea ni... Harapnya tidak...

author
ummufatiha
My.Kapasitor
Add as friend
Send Message
share
bloglinesRedditStumbleUpontechnocratiYahoo
DeliciousdiggFacebookGoogleNewsvine

my other posts
Panduan Memilih Pasangan?...
Panduan menamakan anak
Lima minggu pertama
View all


Permalink | Top

Comment
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

sponsored links