Masih
segar dengan berita tentang ucapan sinis dan kontroversi MB Selangor,
Tan Sri Khaled Ibrahim. Tentang beribu-riban pelajar yang sibuk
berarak-arak menentang ucapan tentang perihal 10% itu.
Nah, ini
bukan pertama kali, perihal dan nombor 10% tidak asing dari peringkat
pendidikan asas. Pada awal saya sendiri di SBP, di mana waktu itu dewan
rakyat di wakili kurang 2/3 Melayu, permintaan untuk ditingkatkan
kemasukan non-bumuputra kepada SBP dibuat. Tidak cukup, mereka membuat
kenyataan langsung dan tidak bertimbang-rasa apabila memintak 10% kuota
di MRSM. Sayapun tak ingat berjaya atau tidak.
Nah, saya ungkit,
ingat tak tentang kes Sekolah Wawasan (SW) yang mahu menghapuskan SKJK
(sekolah jenis kebangsaan) dengan mencampur adukkan SKJK dengan SK dan
SRK. Idealogi Mahathir ini jadi isu yang meletup-letup membuat kaum
Cina utamanya dan non-bumiputra umumnya marah.
Pelik bukan.
Lihat situasi SW dan kes 10% ini. Sama, iaitu bila hak bangsa disentuh
memang melenting. Ini kes sensitif yang jelas. Perlu sama sekali
sesiapapun ambil berat. Kita harus ingat, yang ini negara pelbagai
bangsa dan harus harus harus ingat peristiwa 13 Mei 1969.
**************
Apa masalahnya?
ini
bukan satu havoc~ atau kontroversi tambahan. Cuma persoalan yang mahu
saya ungkit. Dari beribu-riban pelajar yang berarak membantah 10% itu,
adakah 10% yang benar-benar faham, sebab utama mereka berbuat demikian?
seorang
rakan memberitahu saya bahawa sesiapa yang pergi keluar serta perarakan
/ tunjuk perasaan or wut so ever itu akan dapat kupon kolej. hoye!
Tambah,
MPP sendiri yang mengajak mereka keluar sambil menawarkan kupon kolej
dan menyuruh alasan demonstrasi untuk ponteng kelas. Pergh... rasuah
minda. Inilah Universiti intensif tentang Melayu yang berjaya. Barisan
MPP sampai kena menawarkan rasuah kupon, baru pelajar keluar.
(sebenarnya
tidaklah pelik, rasuah minda dilakukan oleh sesiapa sahaja. Contoh,
tawaran wang ringgit untuk maklumat penting kepada polis, turun harga
minyak 50sen jika esok "saya" memerintah.)
Apa kalau tanpa kupon tak jalan? Jujur,
saya sendiri kalau menjadi pelajar di UiTM, tak kan membazir masa untuk
keluar berarak TANPA KENAL ERTI perarakan itu sendiri. Saya cabar semua
yang keluar demontrasi untuk beritahu sebab utama demonstrasi.
Fahamkah
mereka tentang maruah apabila dirobek 10% hak bumiputra? Fahamkah
mereka perasaan luka dan berdarah bila seorang Berminda (dan Berperut
Besar) sendiri mencucuk sarang mereka? Tahukah mereka apa yang mereka
demo-kan dan apa tindakan mereka perlu lakukan?
80% ke atas saya
yakin TIDAK. Pelajar UiTM yang digelar pelajar Melayu paling beruntung
di IPT, sendiri tak tahu sebab apa mereka di sana.
Mission
To
enhance the knowledge and expertise of Bumiputeras in all fields of
study through professional programmes, research work, and community service based on moral values and professional ethics.
Berikut
di atas adalah MISI utama UiTM. Cuma gusar, Universiti yang dikatakan
antara paling bermasalah sosial ini mampukah meletakkan beban di atas
ke atas pundak semua pelajarnya?
Antara course yang paling
meletup di UiTM lewat ini, selain perakaunan, mass-com, archi adalah
Fesyen. Malangnya, ahlul fesyen Melayu ini, yang mereka-cipta baju
selebriti dan orang besar tidaklah Melayu LANGSUNG. Malah, course lain
tersebut di atas sana, masih di bawah lapisan non-bumiputra.
bagi
saya, demontrasi yang telah (dan mungkin sedang) berlaku di
kampus-kampus UiTM seluruh negara sebenarnya ibarat kentut. Bunyi dan
Bau yang kuat, cukup masa, hilanglah. Tak berkesan langsung terhadap
pelajar uni ini sendiri. Dari sibuk berarak, saya fikir, MPP dan admin
UiTM perlu mengajar erti BUMIPUTRA ke dalam jiwa pelajarnya.
Tak
perlu risau, ucapan kurang bijak dari MB Selangor itu tak kan jadi
kenyataan selagi PKR tak naik kerajaan. Tapi, kalaupun PKR naik
kerajaan bukan senang lenang BUMIPUTRA lain nak ikut cakap MB tu. Hal
UiTM adalah hal keistimewaan bumiputra yang tertakluk di bawah
perlembagaan negara Malaysia. (Mungkin sebab tu budak law tak join demo
ni - bak kata kawan saya- ataupun budak law UiTm ramai kaki PKR?)
Adakah masalah UiTM? Atau sememangnya institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia tak berjaya membuka mata graduan? Atau media tak mainkan peranan? Atau kerajaan tak berjaya memainkan dasar? Atau kritikan pembangkang merosakkan bukan membangunkan?
*******************************
Jadi
kalau kembali ke perenggan-perenggan paling atas, kita nampak bukan?
Bezanya, rakyat Malaysia, berbangsa Cina mempertahankan SRJK sebab
mereka faham kontranya. Rakyat Malaysia, bumiputra tak berapa faham
kenapa harus mempertahankan maruah mereka.
************************
Mungkin berbau racist, tapi seharusnya dibezakan, racist dan menjaga bangsa. Malah bagi saya, untuk menjaga kemakmuran negara, seharusnya menjaga bangsa dahulu. kalau tidak menjaga moral bangsa, peristiwa seperti 13 Mei, senang-senang bakal terjadi. Bangsa yangrelevan, mampu menerima bangsa lain dengan keterbukaan.
kita singkap Wawasan 2020
1.
Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang
dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman,
berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian,
bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
dua
cabaran di atas takkan tercapai kalau tiada kaum yang pelbagai. Saya bukan racist. Tujuan
saya menulis bukannya mahu bumiputra merasa negara ini hak
persendirian. Tapi mahu bumiputra sedar, negara ini kepunyaan bersama tapi keutamaan kepada "orang asli" kepada mantan-Tanah Melayu ini.
Malah,
harus mereka tahu kegunaan hak keistimewaan bumiputra ini. Sesuatu yang
istimewa kalau tidak di sanjung, bakal jadi sampah.
******************************
UMUM
Masalah
ini cukup kental. Bukan setakat di UiTM, malah di mana-mana sahaja.
Student tajaan JPA seperti saya ni, fahamkah kenapa DPkT (Dasar Pandang
ke-Timur) hanya untuk bumiputra? fahamkah kenapa Timur, bukan
utara-barat-selatan?
Polis di-Raja Malaysia, fahamkah kenapa
mereka bawa nama "di-Raja". BPR, Bomba xada pun (tapi memalukan bawa
nama Royal~ tapi ambil rasuah).
Seorang wakil rakyat fahamkah kenapa digelar WAKIL?
***********************
15 Ogos . 31 Ogos
Semalam
15 Ogos, genap 63 Tahun pengunduran Tentera Jepun dari semua tanah
jajahannya. Dengan mata kepala sendiri melihat sambutan yang cukup
patriotik dan tenang, mengingati kesemua tentera mereka yang terbunuh.
Ajaibnya, inilah antara tentera paling kejam sewaktu WWII. Mereka tanam
hidup-hidup rakyat cina. Memancung merogol merampas dll. Tapi ceromony
peringatan mereka cukup................................. mungkin sebab
kalah perang~
Tapi berbeza dengan Malaysia, sambutan Kemerdekaan
yang bakal 51 tahun, makin hari makin hancur. Mungkin sebab itu, iklan
televisyen (TVC) banyak menayangkan sewaktu kita menyambut kemerdekaan
pada 1957. Tahun-tahun selepasnya... kenangan langsung tak mengajar
kita. Sambutan 1957, mungkin satu-satunya seluruh rakyat Malaysia tahu
apa itu nafsu keMerdekaan.
Sama ada kita mahu pertahankan milik
kita, atau satu masa nanti, negara kita yang sekarang cukup terkontang
kanting, bakal melihat sesuatu yang tak pernah kita lihat. Apa yang
terjadi antara Thai dan Myanmar, Rusia dan Georgia sepatutnya
memberitahu kita, perang untuk mendapatkan wilayah bukan hanya berlaku
di Palestin.
**************************************
Nah, sekarang kamu faham? Atau selama ini hanya ikut?
**************************************
reference
http://en.wikipedia.org/wiki/World_War_II http://www.mbe.doe.gov/me70/manhattan/surrender.htm http://ms.wikipedia.org/wiki/Wawasan_2020 http://www.uitm.edu.my/uitm/index.php?option=com_content&task=view&id=66&Itemid=139
|
|