Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Penulisan skema @ penulisan sempoi menjadi pilihan?

  • dayya
  • 16 years ago
  • 1,123

 

Saya mahu belajar menulis. Jadi, saya nak minta tolong kawan2 kapasitorians betulkan mana2 yang patut. Cadangan bagi meningkatkan mutu penulisan saya sangat saya harapkan =) 

merujuk pada tajuk kat atas, saya nak minta pendapat semua; yang mana lebih baik, penulisan skema atau penulisan sempoi? selain gaya penulisan apakah elemen2 yang kita perlukan bagi menghasilkan penulisan berilmiah, menarik dan dalam masa yang sama dapat menarik pembaca untuk terus sustain membaca karya yang telah dihasilkan?

*****

Bayu angin berpuput lembut dalam dermaga petang berkala jingga. Aku memandang bukaan tingkap luas buat sang lembayung tak segan beradu sekali. Pandangan asingku rasakan hari ini. Tidak sama indahnya seperti 10 tahun yang lalu. Mungkin tanpa dia membuatkan hatiku buta untuk mengenali kedamaian petang ini. Kedamaian yang memagut hilang segenap keresahan jiwa.

Aku bersandar pada dinding reput; tempat sang anai-anai membuat teduh sarang. Mungkin sudah kian suntuk usia rumah yang boleh dikata reban oleh manusia enteng berumah batu di tengah pekan.

Sayup-sayup, gemalai azan terdengar. Abang Aji lembut mengalun irama santun buat mengajak hati-hati basah kudus kembali berserah pada Sang Pencipta. Tapi sayangnya, cuma sekerat dua bertandang ke surau dekat-dekat tepi sawah. Anak muda lagi susah nak bertemu muka. Aku sendiri kadang-kadang berat kaki mahu melangkah. Mungkin kerana ganjarannya tak ternampak di mata. Kekadang terlupa ganjarannya lebih berlipat ganda di syurga.

Aku bangkit dari sedap silaku. Bangkit mencari kehidupan. Menyambut seruan damai Abang Aji. Bezanya, petang ini lagi sekali aku culas untuk melangkah kaki ke surau di seberang jalan sana. Hatiku berbisik bertuankan niat kudus untukNya. Rukun yang lima belas itu, aku ikut cermat-cermat biar agar persembahan aku kali ini mendapat redhaNya. Entah pernah entahkan tidak doaku sampai. Cuma yang termampu kulakukan cumalah berserah kerana tahuku Tuhan itu pengasih dan penyayang.

Bismillahirrahmanirrahim...

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani". Begitu lembut, tersusun tiap kalimah dan pengertiannya. Benar-benar aku terasa tenteram yang teramat. Selamat dan selesa. Betapa hebat RahmatMu Ya Allah. Dengan hanya sebaris ayat bisa menjadi penerang buat hambaMu yang keresahan.

Air mataku menitis lagi. Solat kusudahi dengan dua salam. Bertafakur aku seketika mendambakan ketenangan yang kurasakan tadi. Masih terasa basah linang air mataku yang mengalir sebak. Sebak mengenang silapku. Khilafku dahulu masih berarak pintal bak awanan hitam. Masih terbukakah hijab pengampunan dariMu Ya Tuhan?

"Ingatlah, Tuhan tu Maha Kaya. Maha Pengampun. Bertaubatlah kamu selagi nafas terasa. Jangan bila nyawa kian merangkak bena, kala senja taubat kian tertutup, kamu masih lagi alpa. Segera pulang menghadapNya. Biar air mata taubatmu mengalir dalam api dosa lampau. Manakan tahu, doamu termakbul, di angkat lalu menjadi manusia bersih tanpa dosa di akhirat sana. Lagipun, siapa kita nak meramal ganjaran dosa pahala. Bukan hak kita. Berserahlah..."

Kuliah pagi semalam oleh Abang Aji masih terpatri di benakku. Untuk apa aku mengungkit dosa lampauku. Seharusnya aku melangkah terus menuju syurgaNya. Berpaling sesaat untuk melihat nerakaNya juga tidakku tegar.Biarlah. Termampuku lakukan cuma berdoa agar taubatku ini diterimaNya. Biar terhapus segala dosa-dosaku dulu, kini dan yang mendatang. Walau mendambakan syurga terlalu enak untuk aku nikmati, namun memikirkan neraka juga tidak aku mampu untuk aku hadapi.

Keras nafas kuhembuskan. Ada rasa yang terbuku ingin aku kongsikan melewati rentetan cerita noda dalam kehidupan lampau yang hina.

*****

penulisan ini penulisan yang skema ke? atau susunan ayat ni boleh di sempoikan lagi? macam mana dayya leh wat pembaca sustain baca cerita ni? apa yang nak kena tambah dan apa kekurangan dalam cerita ni?

sangat berharap mendapat secebis dua maklumat, informasi dan komen.

sangat ingin belajar =) hehehe

terima ksih =p

Baca perbualan