Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

~teater muzikal ibu zain~

 

 dalam kesibukan, sempat juga aku mencuri masa menonton teater muzikal ibu zain yang diarahkan oleh rusminah tahir. kenapa aku nak tengok sangat teater ni? akceli, ni la first time aku masuk istana budaya, meskipun jaraknya dari koleh amatlah dekat. setiap hari pun aku lalu di hadapan istana budaya ketika berulang-alik dari fakulti ke kolej..selain itu, tiketnya juga murah la, rm15. first time menyaksikan teater selain dari yang dipentaskan di kolej, memang banyak bezanya. dengan effect yang gempak, lakonan yang best, boleh kata, memang best la. flow cerita pun smooth je. start dari ibu zain lahir hingga dapat buka sekolah. kalau x silap, kolej puteri tuanku ampuan aminah. nak komen lebih-lebih pun, aku x pandai sangat. cuma, selepas break, rasa mengantuk pulak. sempat juga la menguap  dan tergelak. kira bertuah juga la, sebab dapat seat agak depan. memang jelas dapat tengok.pastinya, aku akan datang lagi ke IB utk tengok teater..hehe..

tajuk:muzikal ibu zain

pengarah: rusminah tahir

tarikh:12-18 0gos

Ibu Zain dilahirkan di Nyalas, melaka. Ibu Zain merupakan anak ke-6 dari lapan adik beradik. Ayahnya, Munshi Sulaiman berasal dari Tanjung Pinang, Riau. Ibu Zain bertuah kerana Munshi Sulaiman mempunyai kesedaran yang tinggi, peri pentingnya pendidikan di kalangan anak-anaknya tidak kira lelaki mahupun perempuan. Malah, ayahnya melanggar tradisi masyarakat Melayu ketika itu yang melarang anak perempuan dari belajar, hatta belajar mengaji Al-Quran. Munshi Sulaiman merupakan seorang guru agama Islam dan Bahasa Melayu sesuai dengan gelaran Munshi yang diterimanya. Daripada beliaulah, Ibu Zain mendapat pendidikan tidak formal.

Seorang anak kecil yang cergas dan cerdas akal, Zainun gigih menimba ilmu. Ketika mengikut ayahnya menetap di Melaka, beliau belajar di Methodist Girls School, Tengkera(1909 - 1912) diikuti Tengkera School (1913 - 1915) sehingga lulus Junior Cambridge. Suatu pencapaian yang tidak ramai mampu gapai, khususnya di kalangan anak gadis. Lebih membanggakan Ibu Zain mampu mempertahankan akidahnya yang terdidik dari kecil ketika ditawarkan menjadi mubaligh Kristian.

Kejayaan yang dicapainya dikongsi pula dengan masyarakat. Beliau mempunyai kesedaran yang sangat tinggi untuk melihat lebih ramai kaum wanita pandai membaca dan menulis kerana ilmu merupakan kunci yang membentuk jati diri beliau sendiri. Semuda usia 17 tahun, Ibu Zain telah menubuhkan sebuah sekolah di Pasuh Jaya, Negeri Sembilan.

Baca perbualan