Oikk Poezie = Hai Puisi... :D
Sedikit
je saya nak berkongsi di sini. Tentang Mr Poezie ni. Mungkin/
barangkali tak ramai yang tahu (kot), perkataan puisi berasal dari bahasa Belanda; poezie. Manakala sajak pula disebut gedicht. YE, salah sebut, akan jadi 'gedik'!
Sajak
adalah puisi, tetapi puisi belum tentu sajak. Puisi boleh juga terdapat
di dalam prosa (sebab itu ada istilah prosaik) seperti cerpen, novel
atau esei. Puisi itu puitis. Itu yang paling asas kita semua tahu.
Puisi menjadi suatu pengungkapan secara implisit, samar dengan makna yang tersirat di mana pembentukan ayat condong kepada erti yang konotatif.
Macam
nak bina rumah juga, pembentukan sesebuah puisi mengambil kira
bahan-bahan asas yang diperlukan sebagai struktur kukuh. Alamak ayat skema! Oke, sila tahan nafas sekarang.
Semua
kat sini pasti dah tahu sifat, unsur dan bentuk-bentuk puisi kan? I
trust you bebeh. Sebab ramai yang bagus-bagus kat sini pun. Dengan itu,
apa kata kita advance sikit lepas nih. :D
Di
bawah ini, ada beberapa bentuk dan istilah dalam puisi. Untuk rujukan
kita bersama. Ini sedikit sebanyak untuk membantu, apabila menerima
komentar yang menggunakan istilah-istilah ini. Dan sebagai rujukan
paling asas sebelum menulis sesebuah puisi juga.
Puisi Naratif Tak
ramai yang berani mencuba bentuk ni. Ini bentuk puisi yang bercerita.
Intinya mengandungi dan menyampaikan sesebuah cerita. Ia boleh jadi
dalam naratif panjang atau pendek. Rangka diolah seperti cerpen tapi
menggunakan perlambangan, metafora dan beberapa unsur puisi lain. Prosa
liris adalah unsur kecil yang diambil dari sini.
Asindeton Penghilangan
kata sambung yang menghubungkan beberapa kata atau frasa. Misalnya:
"Saya datang, (lalu) saya main, (dan) saya menang", menjadi "Saya datang, saya main, saya menang".
Antonim Satu atau dua kata yang punya makna yang berlawanan. Misalnya: rendah adalah antonim tinggi.
Analogi Menyamakan atau mendekatkan makna dua hal yang berbeza; contohnya: perkahwinan dengan bahtera, tidur dengan mati.
Kuplet = Oktaf Stanza (padanan: bait) dalam ukuran rangkap * Kuplet: sebuah stanza 2 baris; disitkhon * Terset: sebuah stanza 3 baris; terzina * Quantrain: sebuah stanza 4 baris * Quantain: sebuah stanza 5 baris * Sextet: sebuah stanza 6 baris * Septet: sebuah stanza 7 baris * Oktaf: sebuah stanza 8 baris
Sepentina Sajak dengan baris-baris yang kata terakhirnya sama dengan kata awalnya.
Akrostik Sebuah sajak, yang huruf awal baris-barisnya menyusun sebuah atau beberapa kata.
Asonansi Pengulangan
bunyi vokal yang sama pada kata/perkataan yang berturutan dalam
baris-baris puisi. Pengulangan begini menimbulkan kesan kehalusan,
kelembutan, kemerduan atau keindahan bunyi.
Anafora atau
Epanafora. Satu ragam atau jenis gaya bahasa pengulangan. Kedudukan
pengulangan satu kata/perkataan atau lebih pada awal baris-baris puisi.
Ambiguiti Makna
kata/perkataan atau ungkapan dalam puisi yang mempunyai pelbagai
tafsiran, iaitu lebih daripada satu makna. Juga disebut ketaksaan.
Puisi yang seperti ini memang agak sukar untuk diselami maknanya secara
tepat atau jelas tetapi dianggap sebagai puisi yang kuat dan segi isi
atau pemikirannya.
Alusi Satu
ragam atau jenis gaya bahasa perbandingan yang merujuk secara tidak
Iangsung kepada sesuatu peristiwa, tokoh-tokoh atau karya sastera yang
terkenal.
Metafora 1.
Frasa yang biasanya digunakan untuk merujuk kepada sesuatu hal tetapi
digunakan untuk merujuk kepada hal yang lain. Menghasilkan suatu
perbandingan yang tersirat. 2. Suatu hal yang dianggap mewakili hal lain; simbol. Contoh: badai ghairah, tenggelam dalam keraguan, pandangan yang menghanguskan
Simile Sebuah
bentuk ucapan di mana dua hal diperbandingkan menggunakan kata
"seperti" atau "bagaikan" untuk menegaskan persamaan dari dua hal yang
berbeza. Contoh: matamu seperti danau
Enjambemen Sebuah
kalimat dari satu baris/bait ke baris/bait berikutnya. Boleh juga
dilihat sebagai pemenggalan sebuah kalimat menjadi beberapa baris. Contoh: Mencari-cari sebatang jarum
Aliterasi Pengulangan
bunyi konsonan yang sama dalam baris-baris puisi; biasanya pada awal
kata/perkataan yang berurutan. Pengulangan seperti itu menimbulkan
kesan keindahan bunyi.
Madrigal Sajak cinta liris yang pendek berisi buah fikiran yang sederhana, bernas dan padat.
Majas/ Gaya Bahasa Penegasan Dalam Puisi: Antaranya: 1- Paralelisme, iaitu gaya bahasa pengulangan dalam puisi. Paralisme dibahagi kepada dua: a. anafora - gaya bahasa pengulangan. b. epipora - pengulangan akhir baris contoh: - yang datang, datang juga yang pulang, pulang juga
2- Retorik contoh: Tidakkah semuanya ingin bahagia?
3- Eklamasi; penggunaan/ pemakaian perkataan untuk mempertegaskan seruan. contoh : Aduhai, pemandangan di puncak Gunung Bromo waktu fajar menyinsing.
Majas/ Gaya Bahasa Perbandingan Dalam Puisi: Antaranya:
1- Metafora - memperbandingkan sesuatu secara langsung contoh: Jantung hatinya hilang tanpa berita. (jatung hati = kekasih)
2- Personafikasi - melukiskan benda mati jadi hidup, bergerak, dan berbuat seperti manusia contoh: Nyiur melambai memanggil beta ke pantai
3- Hiperbola - gaya bahasa yang digunakan untuk melebih-lebihkan sesuatu
4- Asosiasi - perbandingan yang menimbulkan asosiasi terhadap keadaan yang sebenarnya. Contoh: Mukanya bagaikan bulan penuh. (bulan penuh bentuknya bulat, mukanya bulat)
Majas/ Gaya Bahasa Sindiran Dalam Puisi: Antaranya:
1- Ironi - menyindir secara halus. Contoh: Bagus benar tulisanmu sampai tak boleh dibaca.
2- Sinis - menyindir secara terang-terangan. Contoh: telingaku sakit mendengar suaramu
3- Sarkastik - cemuhan yang kasar. Contoh: ah, saya jijik melihat kamu!
Majas/ Gaya Bahasa Pertentangan Dalam Puisi: Antaranya:
1- Kontradiksi - gaya bahasa pertentangan dengan jalan menggunakan sebuah kata bertentangan dengan arti kata yang disukai terdahulu. Contoh: semua buku telah disampul, hanya buku sejarah yang belum.
2- Paradoks - menulisan sesuatu yang berlawanan, tetapi masih logik. Contoh: Di Kota yang ramai, dia merasa kesepian.
Puisi
adalah karya abstrak (sebenarnya) yang sangat mementingkan pemilihan
diksi yang relatif untuk melahirkan nilai apresiasi yang berada di
dalamnya.
Meski
ia berbentuk bebas, dalam apresiasi ada beberapa penilaian telah dibuat
untuk/dan dikategorikan seperti apa puisi itu dikatakan lemah.
Antaranya adalah :
1. Kata-kata, ungkapan atau pernyataan yang berlebihan atau bombastik 2. Menampilkan tema yang terlalu kecil, tak setanding dengan unsur ekspresinya yang terlalu kuat, berlebih-lebihan 3. Lemah dalam penalaran 4. Mengandung objek lain yang boleh melemahkan objek utama dalam puisi. Fokus yang terganggu dalam keutuhan puisi itu. 5. Mengandung lebih dari satu sudut pandang/ pendapat/ opini 6. Menggunakan gaya penyampaian yang kurang sempurna 7. Kelemahan dalam rima 8. Puisi yang terlalu prosaik
YE.
Jom bereksplorasi-ria. Kerana perkataan diciptakan untuk dirangkai dan
dituliskan. Dan puisi antara bahasa/ komunikasi paling unik dan halus.
Dan kitalah antara manusia unik itu, sebab berani menjadikan puisi sebagai
bahasa kita ~~
Selamat Menulis
Sekian. :D
:cik therain a.k.a zu source: mentor/guru: kesusasteraan Malaysia + Indonesia
|
|