helpHelpfeedbackFeedback  Register
http://www.kapasitor.net/community/
Welcome Guest
Not a member yet? Join us.
Login if you already have registered.
Article  Information  Life  Opinion  Relationship  

cuti...cuti..cuti dan cuti yang tak cuti
Komuniti: Life | 20/08/2008 | 18:10:58 PM | 124 Views

Sudah hampir seminggu saya tidak melepakkan diri sendiri di kapasitor dan blog. Cuti sekolah bermula pada 16hb hari tu sampailah 24hb ni. Tapi, cuti saya baru bermula...sekarang! (20hb).... sampai esok saja... cuti untuk diri sendiri.

15hb-17hb Ogos 2008

Kem solat bermula. Saya dan Kak Piah ke sekolah selepas Asar selepas pendaftaran. Lagipun kami akan stay kat sekolah, jadi adillah kalau kami datang lambat sikit. Yang tak bestnya, hari pertama, bekalan air tak ada. Kasihan budak-budak ni tak boleh nak mandi. Nasib baik air untuk ambil wudhuk tu ada sikit. Itupun air tadahan hujan. Lepas satu agenda, satu agenda pula, sampailah pukul 11.30 malam, baru mereka masuk tidur. Tapi, adat budak-budak. Mana nak tidur kalau dah berkumpul macam tu. Larang berhabis larang. Pukul 3pagi nak kena bangun qiamullail pula.

Bila dah pasti budak-budak semua dah tidur, urusetia pun dah bersiap untuk berjaga, saya dan Kak Piah (hanya kami berdua sahaja guru yang menjaga 97 + 6 pelajar) ke bilik air. On the way, Connie (urusetia di kalangan pelajar Ting 4 dan 5 yang bukan islam)kata ada budak sakit perut. Selesaikan sekejap sebelum uruskan hal diri sendiri. Lalu kami bersiap untuk tidur (dalam kereta sahaja!). Disebabkan Kak Piah parkir kereta dia di hadapan penginapan pelajar-pelajar lelaki, maka susah untuk kami tidur. Bisingnya, mak aih! Baru nak lelap... gedegang! Cermin bilik pecah. Keluar masuk ikut tingkap! Nak lelap lagi...kahkahkah! Bergelak ketawa. Aduh!

Bila dah terlelap dalam seminit lebih (rasanyalah), Connie datang ketuk tingkap kereta. Katanya, budak yang sakit perut tadi dah kejang-kejang. Pengsan-pengsan lagi. Kak Piah yang panik terus bawa dia ke hospital yang sejauh 16 km itu. (Apin-Apin dan Hospital Keningau memang sangat jauh). Dah masuk, HA kata tak ada IC tak boleh nak daftar. Jadi nak kena patah balik ke sekolah, tapi tengok tangki minyak pulak kosong. Pukul 1.30 pagi ke pekan di sebelah kanan (sekolah ke sebelah kiri). Dari Hospital Keningau ke pekan ambil masa lebih kurang 5-10 minit. Kemudian patah balik ke sekolah lagi. Sampai di sekolah, cari-cari.. rupa-rupanya budak tu tak bawa IC, terpaksalah mengejutkan mak dia. Pergi pulak ke rumah dia, nasib baik dekat je. Dah, mak dia tak tahu kat mana dia letak IC, cari lagi.Mak dia nak ikut... bawa pergi hospital, sekali HA tu kata dah selesai. Boleh bawa balik pun, gastrik je. Chet! Lepas hantar mak budak tu ke rumah, dia nak ikut program tu lagi... kami balik ke sekolah. Sampai di sekolah dalam pukul 2.45pg. Tengok budak-budak yang lain tengah bersiap untuk qiamullail. Kesimpulannya, saya dan Kak Piah tak tidur. Saya tak kisah, tapi kasihan Kak Piah la. Pukul 10 dah menguap.

Qiamullail yang patut mula pukul 3 pagi, terbawa  ke pukul 3.30 pagi. Jawabnya, memang rajin budak-budak ni berzikir. Lebih-lebih lagi yang tak pernah solat ni. Terangguk-angguk... bukan budak-budak saja. Ni, cikgu ni pun terkelip-kelip mata, tahan mengantuk. Kena pula ustaz tu baca perla..han-la...han.. Huhuhu... Lepas Subuh, cikgu yang baik hati ini (sengih) menuju ke kereta untuk sambung tidur. Tak tahan wei! Budak-budak tu kena dengar tazkirah subuh. Hehehe... *yea, sila kutuk cikgu yang (tak) bagus ini.*

Budak-budak tu bersenam pada pukul 6.30 pagi barulah saya terjaga. Itupun buat-buat tidur lagi. Bila semua balik ke bilik untuk persiapan diri, baru saya bangun ke dewan untuk uruskan agenda seterusnya. Masa mereka bersarapan, saya dan Kak Piah ke rumah Kak Sal untuk tumpang mandi. Kemudian, balik ke sekolah semula. Urus satu dua perkara sementara menanti guru-guru yang lain. Pukul 11 pagi baru pulang ke rumah. Apa lagi! Sambung tidur! Oh, my housemate dua-dua tak ada. Kak Zah ke Kundasang jaga budak-budak pengawas di sana, Kak Fizah pula ke Tenom dengan kawan-kawan sekolah dia.

Ok, lepas Asar kami ke sekolah lagi untuk Kem Solat. Budak-budak baru balik dari kembara sewaktu kami sampai di sekolah. Solat Asar di tepi Sungai Liau tak jadi sebab hujan. Jadi mereka solat berjemaah di sekolah saja. Malamnya, satu kejadian yang pertama kali dalam hidup saya. Ketika mempersiapkan diri untuk sembahyang Maghrib, beberapa orang pelajar perempuan pengsan. Kemudia, ketika mengangkat takbiratul ihram, tiba-tiba dua pelajar lain pula jatuh pengsan. Kemudian, seorang demi seorang pengsan. Menangis teresak-esak. Menjerit. Melalut. Meracau. Yang ada cuma, saya, Kak Piah, Kak Sal, Ustaz Li, Ustaz Lukman (jemputan) dan cikgu Jaidi.

Kebanyakan yang terkena adalah kumpulan pelajar yang sesat ketika kembara. 3 kumpulan semuanya yang sesat. Yang paling teruk kena adalah A****a. 'Ketua' mereka berada dalam tubuh dia. Dia yang mula-mula pengsan, dia yang paling akhir dapat disembuhkan. Bayangkan dari pukul 6.30 petang sampai 10.30 malam. Kata benda tu melalui pelajar berkenaan, mereka lalu jalan dia. Memanglah dia marah. Yang kelakar pun ada. Mungkin 'anak' yang baru belajar masuk tubuh orang kot, disuruh keluar.

"Aku tidak pandai keluar." muka sedih.
"Habis, macam manalah kau masuk?"
"Tidak tahu. Aku saja-saja cuba, eh.. boleh." muka sengih.
"Habis tu, keluar lah."
"Tak pandai."
"Siapa nama kamu?"
"Nama? Ehm... nama Indonesia boleh?" muka manja-manja (nak sepak je rasanya).
"Bolehlah."
"Ehm... bawang merah. Bagus juga nama bawang merah tu dong." sengih-sengih lagi.

Ada dua orang pelajar yang meracau ni pula:: Yang seorang ni menangis, meronta-ronta. Seorang lagi pula, tengah pujuk suruh keluar. Tiba-tiba mereka saling berpandangan padahal mereka membelakangi antara satu sama lain. Bila dah pandang-pandang, dua-dua gelak besar.

"Mereka ni kelakar kan? Suruh kita keluar pula. Suka hati lah kita mahu duduk mana, kan?"
"Iya, kelakarlah."

Aduh, kesimpulannya penatlah. Sakit habis badan sebab berperang tenaga dengan 'diorang'. Sampai saya sendiri rasa macam nak putus asa dan turut sama terbabit. Nasib baik tak ikut perasaan sangat. Nasib baik dinding diri saya agak kuat malam tu. Alhamdulillah. Bila dah selesai, si A****a disuruh hantar pulang. Benda tu suka dia. Jadi, daripada berjangkit kepada pelajar-pelajar yang sudah pulih sedikit, baik dia pulang. Ketika sibuk-sibuk, ada juga pelajar yang suka hati telefon mak bapak, nak pulang. Takutlah tu. Padahal program tak dibatalkan pun.

Pukul 11 mlm macam tu, mereka dah masuk tidur tanpa sembahyang isyak. Ustaz Li suruh diorang tidur dulu. Pukul 3 nanti bangun untuk Isyak dan qiamullail. Ingatkan adalah dua-tiga orang cikgu lelaki yang akan bermalam, rupanya semuanya balik selepas keadaan agak terkawal. Hampeh! Habis, saya dan Kak Piah saja??? Cikgu perempuan?? Nasib baik juga Ustaz sanggup bermalam. Kami bertiga dan budak-budak urusetia tidur di dewan... bah, sejuk! Bayangkan tidur di lantai simen beralaskan sejadah sahaja, menghadap kaki banjaran crocker..ya! dewan terbuka. Padang saujana mata memandang terus ke kaki gunung... Hampeh lagi sekali! Takut? Buat-buat berani. Pejam mata dan fikir benda lain. Bangun qiamullail, subuh, lepas tazkirah, riadah, sarapan, saya terus pulang dalam pukul 7.30 pagi. Mahu ke KK!

17hb - 19hb Ogos 2008

Kak Fizah datang jemput. Tiba di rumah, saya berehat sekejap dan bercerita tentang kejadian malam tadi kepada Kak Fizah. Kami akan ke KK dalam pukul 10.30 pagi. Jadi, saya masih sempat untuk sambung tidur dan melepaskan kelelahan. Memang penat dan letih. Sakit, lenguh badan. Saya bangun pukul 9.30 pagi saya bangun untuk mandi dan bersiap. Pukul 10.30 pagi, saya, Kak Fizah, Kak Fizah dan keluarga bertolak ke KK melalui Jalan Tambunan. Aduh, maaf ya Kak Fizah. Saya masih kepenatan. Jadi sepanjang perjalanan, Kak Fiza dan Kak Fizah akan bergilir-gilir pegang Afham dan Faqihah.

Kami menetap di Tune Hotel di sebelah 1Borneo yang baru buka. Bagi yang tak tahu, 1Borneo adalah 'The First Largest Lifestyle Mall in East Malaysia.' (kan Nurie?). Ala-ala The Curve, KLCC jugaklah. Highclass sikit daripada MidValley, One Utama, Sunway Pyramid. Wayyy too classy compare to SACC Mall.. ahaks! Sampai dah di hotel lewat petang, kami cuma keluar makan malam di Anjung Senja. Sebelum tu, kami ke Pasar Filipina. Berhabis duitlah, apa lagi. Dekat seribu juga saya menderma kat pasar tu. Lepas makan malam, kami ke pasar malam pula. Berhabis lagi.

Entah kenapa, Faqihah banyak kali mengamuk, meragam. Tak mahu duduk dengan kami. Nak juga duduk dengan ibu dia yang sedang menyusu Afham. Duduk sekejap, mulalah nak menangis.

Esoknya, kami ke 1Borneo sementara Che Sofi (suami kak Fiza) berkursus di Alamesra dekat dengan 1Borneo tu. Makan di Secret Recipe, ting! Blackout! Rupanya-rupanya 1Borneo tak 100% siap. So, mana-mana yang terkena ketika proses penyambungan, nasibla! Jalan-jalan lagi... masuk watson...(itu je yang kami mampu...hahahah). Ting! Blackout lagi... Kelakarlah... jadi kami tak tahu mana nak tuju, nasib baik juga 1Borneo tu ada binaan kubah yang lutsinar yang mengambil sinaran matahari sebagai penerang kompleks tersebut. Jadi, kami cuma mampu beli mashmarllow di Candy Shop sahaja. Memang kelakarlah. Kami ambil keputusan nak balik ke bilik. Dah nak sampai di lif, ting! Elektrik ada! Ah! Malas dah nak shopping. Dahlah penat melayan keletah si Faqihah yang tak duduk diam. Adik dia menangis, dia pun gatai nak menangis juga. Akhirnya kami balik tidur sampailah Kak Fiza kejutkan untuk jalan-jalan di Wisma Merdeka dan makan malam di rumah kawan dia di Likas. Saya berjaya membeli sepasang kasut di sini!

Faqihah mengamuk lagi!

Hari kemudiannya... kami jalan-jalan di Centre Point. Penat duk jaga Faqihah, tapi entah kenapa saya pula tak rasa boring. Ibu dia punyalah merungut anak dia yang nakal tu, saya melayan je. Faqihah ke kanan, saya pun ke kanan. Faqihah ke kiri, saya pun ke kiri. Kadang-kadang saya rasa macam saya ni ibu dia. Syok melayan dia, sampai saya dah tak peduli orang sekeliling. Saya bukanlah berjiwa penyayang dengan kanak-kanak, tapi tak tahu kenapa, dengan Faqihah, dengan Afham... saya jadi rajin melayan. Kadang-kadang, dua-dua sekali saya jaga. Sorang saya dukung, sorang lagi dalam stroller. Rasa bangga kalau orang pandang saya seolah-olah saya ni ibu kepada mereka berdua. Adakah saya benar-benar bersedia? Eheks! Oh ya, saya berjaya membeli sepasang kasut lagi di CP dan beberapa alat mekap!

Faqihah mengamuk buat ke sekian kali!

Belakang kereta Kenari Kak Fiza penuh dengan barang belian kami, sampaikan Che Sofi tergelak tengok barang-barang kami itu. Dah habis shopping di CP, kami ke pasar Filipina sekali lagi sebab Kak Fizah ada barang lagi nak dibeli. Tapi, kali ni Kak Fiza tunggu dalam kereta dengan anak-anak dia. Susah woo mahu jalan-jalan dengan Faqihah dalam pasar yang sempit itu. Maaf ya Kak Fiza kami ambil masa sikit untuk diri sendiri. Lepas tu, kami jemput Che Sofi di Alamesra. Oleh kerana kami belum solat, jadi kami singgah di Masjid Bandaraya. Solat. Kemudian bertolak pulang dalam pukul 6.00 petang. Saya meriba si Afham sebab Faqihah mengamuk lagi nak duduk dengan ibu dia. Tiba-tiba:

"Afham ni dah pakai pampers, belum?"
"Pakai."

Maka, saya memeriksa Afham dan mendapati... waa! Afham banjir atas riba Cik Ida! Nasib baik tak keluar dari kawasan masjid lagi, sempat patah balik dan tukar baju (semalam!). Sepanjang perjalanan balik dari KK ke Keningau itu, dengan jalan yang berliku-liku Faqihah asyik mengamuk. Memang serabut sikit, tapi rasanya saya boleh sabar. Hairan, tapi memang saya boleh sabar. Apabila Kak Fiza minta maaf sebab terpaksa menyusahkan kami melayan karenah anak-anak dia, saya tak rasa dia perlu minta maaf. Saya memang tiada masalah langsung. Malah, saya boleh lagi tolong pujuk Faqihah walau tak makan saman. Padahal, selalunya kalau budak-budak mengamuk macam tu, kalau saya tak marah,paling kurang saya akan jegilkan biji mata ni, kasi takut sikit. Tapi dengan Faqihah dan Afham ni saya layanlah.

Sampai di rumah pukul 9.30 mlm. Borak-borak pula dengan Kak Zah dan Kak Azah. Diorang rancang nak ke Tenom dan Pamilaan.

20hb Ogos 2008

Pada awalnya, saya menolak untuk ke mana-mana memandangkan saya kepenatan yang teramat sangat. Tapi, apabila Kak Azah kata nak ke Pamilaan, mandi manda..apa lagi! Peluang jangan lepas. Alang-alang dah penat, baik sekali harung je kepenatan itu. Huhuhu... Seawal pukul 7.30 pagi saya dah siap. Tunggu yang lain. Pukul 8.00pagi Kak Erra kata tak jadi pergi Tenom, pergi Pamilaan sahaja. Yahooo!! Mandi sungai puas-puas. Kejutkan Kak Fizah, pujuk dia ikut sekali, terus gerak Pamilaan. Sampai di sana, cuba teka berapa orang yang ada di Taman Rekreasi Pamilaan?

5 orang anak dara bersiram di sungai. Saya, Kak Zah, Kak Azah, Kak Fizah dan Kak Erra. Apa lagi! Peluang keemasan lagi. Jangan tolak! Macam-macam aksi ada.. kami yang tawan tempat tu. Sekejap ke air deras, sekejap ke air tenang. Sekejap jadi duyung, dugong, singa laut pun ada! dari pukul 9.30 pagi sampai pukul 12.45 kami berendam. Naik untuk makan sekejap je.

Kemudian..pulanglah!Nak buat lagi! Hehehehe...Oh, lusa, mereka merancang untuk ke Kudat pulak! Saya tak pasti lagi ikut ke tak. Kalau ikutkan Kak Fiza ajak ke Kundasang, tapi penat sangat. Nak ke Kudat, tapi tengoklah kalau mereka berjaya memujuk saya untuk turut serta. Kalau semua pergi, mustahil saya tak pergi.

p/s:: Maaf ya, ceritanya panjang sangat.*Yea! Temuduga ke pelantikan tetap pada 10 September ini! Doakan saya.. Amin!*

 

 

 

author
shazmiey
My.Kapasitor
Add as friend
Send Message
share
bloglinesRedditStumbleUpontechnocratiYahoo
DeliciousdiggFacebookGoogleNewsvine

my other posts
Siaran Langsung dari wad 28.
Saya sedang kejiwangan, tapi tiada siapa yang nak layan...
Saja je... :-)
Cerita saya minggu lalu
Baru sedar..ahahhaah...adakah?
Dia telah pergi...
Bantu saya untuk hidup lebih sempurna
View all


Permalink | Top

Comment
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

sponsored links