helpHelpfeedbackFeedback  Register
http://www.kapasitor.net/community/
Welcome Guest
Not a member yet? Join us.
Login if you already have registered.
Article  Information  Life  Opinion  Relationship  

Siapakah diri kita?
Komuniti: Opinion | 21/08/2008 | 14:51:43 PM | 171 Views

Sebelum aku teruskan dgn aku punya 1st penulisan ni, faham la ini hanya pendapat seorang individu yg tidak terikat dgn mana2 ideologi politik ataupun ada agenda politik.

     Persoalan yang aku timbulkan ini dah lama bermain dalam pikiran aku. Mungkin juga ade antara member kat sini yang memikirkannya juga. Adakah kita benar2 boleh mengaku yang kita ni orang Malaysia ataupun orang yang daripada berbilang kaum yang tinggal di Malaysia? Jika kita mengaku yg kita ni orang Malaysia kenapa masih lagi kita nak perkenalkan diri kita sebagai bangsa dulu bukan kerakyatan dulu? Satu ujian mudah yg boleh kita buat adalah dengan bertanya pada diri sendiri, kawan dan juga keluarga, " Awak orang apa?" Cuba kira berapa ramai yang identify diri mereka sebagai kaum dulu. Hippokrit la kalau aku cakap aku bukan dalam golongan itu, tetapi sejak sambutan 50thn merdeka tahun lepas aku mula memikirkan tentang hal ini kembali. Kenapa aku tak kenalkan diri aku sebagai orang Malaysia berbangsa Melayu dan bukannya orang melayu rakyat Malaysia?

     Dalam perjalanan hidup aku ni dah banyak benda yang aku dapat lihat dan dengar, bila kita meraikan sesuatu sambutan kita dengan gahnya menyatakan yang kita ni adalah rakyat Malaysia sedangkan dibelakang kita masih lagi ade sifat syak wasangka yg cukup kuat terhadap bangsa lain dan juga vice versa. Oleh sebab ini la aku rasa kita terlalu mudah untuk dipergunakan oleh mana juga individu yang mempunyai agenda2 yang tertentu. 

     Kalau difikirkan sebenarnya Identiti kita sebenar sebagai orang Malaysia pun tidak jelas sgt. Apa yang kita ada adalah kepelbagaian sahaja bukannya satu ikatan yang utuh dan jitu. Sedar tak identiti bahasa pun kita masih lagi samar-samar, kita digulakan dengan Bahasa Jiwa Bangsa!, Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita!, Sayangilah Bahasa Kebangsaan Kita!, Cuba fikir sejenak Bahasa Kebangsaan Kita tu bahasa apa? Aku rasa dengan pantas ramai akan jawap "Bahasa Malayu" pada aku itu adalah bahasa bangsa bukannya bahasa kebangsaan. Aku tak tahu pengalaman member yang lain tetapi zaman persekolahan aku dulu aku sempat belajar Bahasa Malaysia, tetapi entah apa sebabnya tiba tiba berubah jadi Bahasa Melayu. Apa tujuan perubahan ini masih lagi membingungkan aku. Kita merosakan satu idea yang baik yang mana paling tidak pun mampu mendekatkan berbagai bangsa dibawah satu Bahasa yang tidak melambangkan mana2 bangsa tiba2 kita nak membangsakan bahasa itu seolah2 nak menunjukan keegoan bangsa itu.

  Sambutan Kemerdekaan datang menjenguk kita sekali lagi, apakah kita sudah boleh benar2 mengaku yang kita ni Orang Malaysia ataupun Penduduk Malaysia sahaja? Ingatla selagi kita terlalu taksub berjuangkan mempertahankan bangsa lebih daripada kita berjuang mempertahankan negara, selagi itulah apa yang kita ada hanyalah sandiwara dan lakonan semata-mata.

  Rasanya sampai sini la dulu aku merepet dulu, kalau ada member yang terasa ampun maaf aku pinta, niat aku bukan nak melukakan tetapi untuk menyedarkan. Sampai Jumpa lagi dengan pemikiran yang lain pula.

raven.

author
raven
My.Kapasitor
Add as friend
Send Message
share
bloglinesRedditStumbleUpontechnocratiYahoo
DeliciousdiggFacebookGoogleNewsvine

my other posts
Jangan Diperbudakkan
Lucu Tapi Ade Betulnya
Just Take The Chances
Jawapan Untuk Fiya
Masa Untuk Bercerita.
"Terima Kasih"
Kenapa susah sangat?
View all


Permalink | Top

Comment
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

sponsored links