helpHelpfeedbackFeedback  Register
http://www.kapasitor.net/community/
Welcome Guest
Not a member yet? Join us.
Login if you already have registered.
Article  Information  Life  Opinion  Relationship  

Pengalaman yang tak boleh lupa, 1st time naik Komuter di KL.
Komuniti: Life | 21/08/2008 | 18:16:03 PM | 169 Views

Di bawah ni saya pastekan quote saya dalam forum kegemaran saya (CG forum) dalam thread ‘baru sekarang ke nak perasan...?'.

[Quote

Originally Posted by kenshi27
Abdullah tak puas hati sistem komuter dan LRT selepas tinjau sendiri
21/08/2008 1:14pm

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menaiki tren komuter dan LRT bagi mengetahui sendiri masalah orang ramai yang menggunakan pengangkutan awam di bandar raya dan mendapati perkhidmatan itu kurang memuaskan. Dalam perjalanan dari Serdang ke Masjid Jamek menggunakan dua perkhidmatan rel berbeza itu, Perdana Menteri menyaksikan masalah kesesakan yang berlaku terutama pada waktu puncak serta berbual-bual dengan penumpang bagi mendapatkan maklumat balas mengenai perkhidmatan itu.

Bercakap kepada Bernama di stesen Masjid Jamek, Abdullah melahirkan rasa tidak puas hati dengan perkhidmatan sistem rel yang disediakan dan mahu tindakan segera diambil untuk memperbaikinya.

Katanya perkhidmatan itu tidak bersistematik, gerabak tidak mencukupi dan liputan laluan tidak meluas.

"Saya lihat tadi keadaan tren yang digunakan untuk penumpang setiap pagi untuk pergi kerja. Mereka sentiasa berebut-rebut bila tren tiba. Dari segi itu, ialah nampaknya macam tak ada sistem.

"Yang ini yang saya rasa tak senang hati kerana rakyat tidak mendapat satu kepuasan daripada menggunakan tren. Ini kita kena perbaiki," katanya - Bernama

Quote]

Betul betul betul. Bayangkan kalau penumpang LRT tu tourist, tak ke malu?

Saya 1st time jejak kaki ke kl minggu lepas dan buat pertama kali naik LRT kat KL tu. Teruk giler. Saya paling tak tahan masa nak balik ke serdang (upm), lepas ronda2 kl. Masa tu memang time orang balik kerja. Sesak giler. Macam ikan sardin. Bayangkan ikan paus bulat2 disumbatkan dalam tin..arggg..memang teruk. Saya rasa memang sy dah tak pijak lantai dah masa tu sedar2 je dah terheret masuk train. Korang pernah tak rasa kaki kena pijak dengan kasut tumit tinggi??? sungguh....sakit...nasib orang depan yg pijak kaki sy tu makcik, kena ah sabar. Paling tak suka, bila menyempit dalam tu, yg berlainan jantina tu susah! Sedap2 je diorang ambil kesempatan dalam kesempitan :(( tak suka! tak suka! sy dah tak nak naik LRT lagi...

Tolonglah perbaiki keselesaan penumpang!


[Quote

Originally Posted by akaymarl
tu bru merasa skali je..
aku ari2 camtu

Quote]

cemana ko boleh tahan akay??? sungguh menyiksakan! Sepanjang perjalanan dr kl sentral ke serdang tu memang dr satu stesen ke stesen sy rasa macam setahun berada dalam tin sardin. Bengok lah lrt ni.

Huh, satu2nya pengalaman buruk sy sepanjang menjelajah kl hari jumaat tu.
yg merupakan 1st impression buruk perkhidmatan tu. Ni baru sy yg datang dr sabah lum lagi tourist dr luar. Ntah ape la diorang kata.



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



*keratan berita forumer Kenshi27 tu daripada Berita Harian hari ini.

Sebenarnya sekarang ni saya baru je tau Komuter dan LRT tak sama. Haha, yang saya terperangkap dalam sesak-sesak tu sebenarnya komuter, bukan LRT. Buat malu je si nurie ni!

Thread di CG tu betul2 menyingkap kembali perasaan menjadi sardin panas/hangat/hangit dalam tin. Baru je minggu lepas saya lalui sendiri. Tiba-tiba isu kesesakan di komuter ni diketengahkan. Saya apa lagi memang rasa nak luahkanlah apa yang terpendam. Fuh....rasa tak puas hati dengan perkhidmatannya~ Kat ums ni slalu juga jadi sardin dalam bas tapi tak lah sedasyat compact sardin macam dalam Komuter tu. Bahang panas dalam train tu tak tau nak kata macam mana panasnya. Ruang untuk bernafas memang tak ada. Masa tu saya memang berjaga-jaga dengan beg sandang saya, takut kes copet. Dan paling saya tak boleh tahan itu lah..depan belakang, kiri kanan tubuh orang, yang sedang melekat dekat kita. Oh, saya tak sanggup nak imbas kembali keadaan ketika itu. Rasa nak nangis. Keluar je dari pintu komuter tu memang saya rasa nak jerit kuat-kuat, ‘Mak, aku balik sabah bah!'

Pengalaman pertama kali naik komuter memang saya tak akan lupa sampai bila-bila.

Orang yang naik kereta memang tak kesahkan perkara ni kan?. Tapi untuk pengguna-pengguna komuter/lrt, sejauh manakah kesabaran penduduk kl ni untuk terus bertahan dengan masalah ini?

Penduduk KL ramai sangat eh? Sungguh jauhnya ketenangan yang ada di sabah berbanding ibu negara yang pesat membangun. Jujur, saya tak suka pusat bandar. Cikgu shaz, tolonglah culik saya dan bawa ke pedalaman apin-apin......saya sanggup jalan kaki beratus meter naik turun buki, redah sungai, masuk hutan daripada melalui keadaan menyempit melekat dan merasa hilang kesucian.




author
nurie
My.Kapasitor
Add as friend
Send Message
share
bloglinesRedditStumbleUpontechnocratiYahoo
DeliciousdiggFacebookGoogleNewsvine

my other posts
Secondhand Serenade : Fall For You
I miss U
Terlajak perahu boleh diundur.........
Pembelajaran di kapasitor
Kembali~
kias teman..
Teka-teki dgn jawapan yg puas hati.
View all


Permalink | Top

Comment
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

sponsored links