Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Abang '92

 

Imran (Azhar Sulaiman) tiba-tiba menjadi seorang abang yang baik kepada adik-adiknya setelah kematian kedua orang tua mereka. Kematian orang tuanya bukan sahaja menyebabkan Imran mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga, bahkan tanggungjawab mengurus perniagaan keluarga juga terpikul di bahu Imran.

Atas urusan perniagaan, Imran berkenalan dengan seorang peguam bernama Farah Hanum (Deanna Yusof) yang berusia dua tahun lebih tua daripadanya. Perkenalan ini seterusnya menyebabkan Imran jatuh hati pada Farah, walaupun Farah telah mempunyai pilihan hati.

Namun begitu, Imran tidak patah semangat. Dia meneruskan kehidupannya seperti biasa dengan terus menjadi abang yang bertanggungjawab dan pemilik perniagaan yang gigih. Sikapnya yang begitu membuatkan Farah akhirnya terpikat juga pada Imran.

Tetapi sayang, pada hari ulang tahun kelahirannya, sebelum sempat Imran menerima hadiah harijadi daripada Farah, Imran pergi buat selama-lamanya lantaran penyakit leukumia yang sekian lama dirahsiakannya.

Filem arahan Rahim Razali ini cukup sukar untuk dilupakan, dan saya akan terus mengingati 'Teratak Firdaus' di dalam filem ini!

Baca perbualan