Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

klik2 :: cerita di hari raya ::

 

:: gambar2 candit :: yang sempat aku tangkap ::










Raya tahun ni adalah raya paling penat kot... hehhe.. masa raya kedua tu ada kenduri sedikit kat kampung.. 2 kenduri dalam 1 hari yang sama untuk 2 orang individu yang lahir dari rahim seorang ibu sehingga membuatkan hubungan mereka ini sungguh rapat atas pertalian persaudaraan adik beradik... hhhe =)



pada siang hari merupakan pertunangan sang adik<> dan malam harinya pula merupakan pernikahan sang abang....



nak dijadikan cerita, pagi tu, bila celikkan je mata, tiba-tiba aku digemparkan oleh satu berita yang sangat mengejutkan! jeng jeng jeng... aku kena jadi mak andam seyh... huhhuuu... huru-hara kejap aku dibuatnya...



bayangkan.. aku ni pun baru je belajar make up sikit2 memandangkan masa kecik dulu sangat celaru identiti sama ada nak pilih pompuan ke lelaki... haiyyoh... so, disebabkan itu aku pun buat-buat pandai je lah walaupun tak tahu langsung.. ye lah, sebelum ni, setakat nak conteng muka sendiri tu aku tahulah! huhuhu



hurm, so aku pun memulakan tugas... so far so good... tapi tiba2 aku gabrah balik. request yang aku tak terfikir walaupun semalamnya aku yang teman dia pegi beli benda alah tu...



sepupu aku nak pakai bulu mata palsu! huh! menda tu baru je semalamnya 1st time aku tengok.. pakai lagilah tak pernah. jadinya, semakin kelam kabut aku dibuatnya... heheh, menggeletarla juga.. takut sememeh pulah muka dia nanti... tapi sebab nak cover macho punya pasal aku pun redah je ;ah lekat benda alah tu...



siap je make up, tepat2 pihak lelaki sampai. fuh.. selamat kerja aku.... ha.. gambar2nya ada kat atas tu ha....

 

 

amacam? ok tak? ok la kan? hehehhe...

 

 

tapi rupa2nya kerja aku bukan setakat tu je.. aku pun kena jadi photographer juga hari tu... tapi untuk sesi dalam bilik je lah ye...

 

 

jadi makanya inilah gambar2 candit yang telah berjaya aku tangkap:D

Baca perbualan