Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

apakah ini?

 


Friday, October 10, 2008
10:47 AM

apakah perasaan anda bila perkara ini berlaku?

anda dalam proses akhir menyiapkan research paper yang telah diusahakan selama 1 sem penuh dengan segala usaha yang paling teliti malah telah melakukan yang terbaik sehingga mengabaikan kehendak diri sendiri mahupun tuntutan asas seperti tidur, bersosial juga terpaksa mengabaikan perkara-perkara yang menjadi kesukaan kamu. kehendak kamu terbatas kerananya dan kamu juga terhalang melakukan apa saja keinginanmu.

esok adalah hari untuk kamu submit kerja kamu. segala bahan kamu berada dalam poket doraemon kamu tanpa sekalipun kamu pernah terfikir mahu menjadikannya nyata dalam bentuk kertas yang nyata.

dan malangnya, kamu begitu yakin bahawa kerja kamu itu pasti selamat. lantaran kerja yang konsisten, kamu tidak pula menyimpan di mana-mana storan simpanan yang lain.

namun, malang tidak berbau. malam sebelum kerja itu mahu dihantar, laptop itu dijangkiti virus langsung tidak boleh dibuka. apakan lagi mahu masuk ke window explorer juga tidak boleh walau berkali-kali kamu tekan supaya ia masuk secara safe mode sahaja. dengan kata lain. (0)
tiada harapan.

apa perlu kamu buat? kerana terkejut, kepala otak kamu sudah terkejut. malah mahu menstruktur sebaris ayat juga sudah tidak mampu.

tambah memberatkan kepala otak, kerja kamu melibatkan isu politik yang mana segala informasi dihalang oleh 'datekeepers' dan saluran untuk cariaannya terhad.

dan lagi, sebenarnya subjek tersebut merupakan subjek level pelajar tahun akhir sedangkan kamu yang masih muda belia baru saja masuk ke sem 1 tahun 2; tanpa pengalaman terus sahaja meredah subjek itu dengan susah payah.

sekarang, untuk berada dalam tahap yang sama seperti sebelum ini memang sangat susah. untuk setandir para senior, apakan lagi.

maka kesedihan ini....

bagaimanakah rasanya?

apa kata kamu?

huuhhuhhhuh. speechless.

Baca perbualan