Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Nikahness

 

17.10.08
Sekitar Subuh
Bilik Sendiri

Di ruang tamu serba putih itu aku bersila. Wali di depan. Tiga saksi di kiri.

"Aku nikahkan dikau.." Si wali memulakan lafaz. Aku mengelamun. Sedang terawang dengan apa yang berlaku ketika ini.
Aku menikah? Aik. dengan siapa? Tak nampak pula ada wanita yang sepatutnya menjadi pasangan di situ. Tak berani pun menoleh, melainkan memandang tangan yang sedang bertaut bersalaman.

Selesai wali. Giliran aku menyempurnakan.
"Saya terima nikahnya.." lancar meluncur dari mulut.. hinggalah "dengan mas kahwinnya.." nada aku terpelecok.

Eh, berapa mas kahwin yang wali ni sebut tadi? Dem! Kantoi akad aku. Laju terbayang nanti kena pakat gelak sebab gagal kali pertama.
"Berapa tadi ek?" Aku capai kertas yang ada depan wali. Mencari jumlah yang sepatutnya disebut.

"Oh!" Dan lafaz kali kedua semuanya lancar.
Selepas ketiga-tiga saksi sebut sah. Aku pun ucap alhamdulillah dan bingkas. Mencapai beg sandang yang ada di sebelah.

"Tahniah." Seorang saksi datang menepuk belakang. Nada yang mengharap agar aku senyum lebar dan gembira.
Tapi, cuma senyuman tipis yang keluar. "Berat dah tanggungjawab aku lepas ni." Aku separuh berbisik. Dalam kepala terbayang dosa isteri yang bakal dipikul sama.

Lantas aku pun tersedar dek alarm subuh. Ades, mimpiness sahaja.

Waktu mandi, puas aku cuba ingat balik. Siapa nama perempuan yang aku terima nikahnya tadi?
Memang tak ingat! AAAA!
Waktu memandu ke pejabat pun masih cuba mencari ilham.
GAGAL JUGA! AAAAAAA!

Rasanya memang takde rezeki nak ingat. Baru ingat nak jadi macam kes apun ke. *Keluh*

Semoga diberi petunjuk olehNya.

Baca perbualan