"Eh, berapa mas kahwin
yang wali ni sebut tadi? Dem! Kantoi akad aku. Laju terbayang nanti kena pakat
gelak sebab gagal kali pertama."
-- from Cahatomic post: Nikahness
Betul tak kalau aku
kata setiap lelaki berumur 20 tahun ke atas yang baca statement kat atas ni,
pernah terfikir dan terasa gerun: macam mana kalau gagal akad kali pertama.
Macam mana kalau gagal beberapa kali? Aduhh...
Aku rasa ini fenomena
janggal yang tak sepatutnya berlaku dalam masyarakat Islam
- tapi yang sedihnya
inilah realiti yang sedang berlaku dalam masyarakat kita di Malaysia.
Kerap kali aku
terbaca di dada akhbar tempatan, bila saja berbicara pasal pernikahan
- baik
artis mahupun orang-orang glamor - pasti ada menyebut bilangan akad yang
dilafazkan.
Adakah ini punca kegelabahan yang melampau di dada bakal-bakal
pengantin di seluruh negara?
Sedangkan aku rasa
berapa kali pun akad dilafazkan itu bukanlah menjadi pengukur kepada apa-apa
sekalipun.
Bayangkan betapa sukarnya seseorang yang gagap untuk melafazkan
sesuatu. Apatah lagi kalau perkara itu sebesar akad nikah.
Perkara akad ini
adalah perkara rukun. Rukun maknanya perlu ditunaikan. Persoalan berapa kali
tidak timbul. Bukan begitu?
Walhal kita sering
kali mengambil remeh hal akad ini dalam interaksi kita seharian seperti akad
dalam jual beli.
Cuba ingat kembali adakah kita ada mengucapkan akad semasa
membeli nasi lemak pagi tadi? Teh tarik di warung jam 10 pagi? Ada akad?
Mujurlah alim-ulama
berdiskusi panjang dan meringankan kaedah akad kepada pelbagai cara
yang aku
tak berani nak komen. Mereka lebih arif dalam hal-hal ni kan.
Aku seronok tengok
kahwin kat sini. Kadi akan ajar bakal suami dulu apa yang dia akan sebut
dan
apa yang bakal suami tu perlu sebut untuk menjadikan lafaz akad itu sah.
Berbeza dengan
Malaysia yang punya kursus kahwin, kat sini imam/kadi akan bertemu dengan
pasangan selama kira-kira 2-3 jam untuk berbincang. Kadang-kadang wali juga
dipanggil bersama.
Imam akan terangkan secara mendalam tanggungjawab suami dan
isteri serta isu-isu yang berkaitan
seperti zakat, penjagaan anak dan
sebagainya. Tiada sijil yang dikeluarkan.
Mungkin ini boleh
dilaksanakan di negara begini (US) kerana bukan semua yang memeluk Islam itu
sudah
arif tentang hukum-hakam dalam Islam - walaupun bilangan pakar pemikir Islam meningkat
setiap hari di sini
(bahkan ramai yang lebih hebat dari negara-negara Islam lain).
Kaedah mengadakan
kursus kahwin di Malaysia adalah langkah yang baik juga,
tapi janganlah sampai
membebankan bakal pengantin kerana ini sudah dikira menjadikan perkara yang
Islam mudahkan, menjadi susah.