Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Otak sudah bertunang!

  • jojo
  • 15 years ago
  • 963

 

Berikut adalah sedikit sedutan daripada blog otak:

Dan kau juga perlu tahu, bahawa setiap perbezaan antara kita itu adalah kuasa yang mengikat hati kita bersama; kekurangan kita bagai nota-nota orkestra, yang bercantum menjadi irama bahagia. Maka kau perlu percaya, kekasih, bila aku katakan, aku ingin memilikimu,

 

Kau sebagai platlet darah,
Yang mengalir kedalam tubuhku,
Nadiku adalah suaramu,
Yang membuat darah itu,
Mengisi setiap ruang anggota
Kehadiranmu adalah jantungku,
Yang menafikan kematianku,
Kau yang membuatkan aku terus hidup,
Untuk mencintaimu terus,
Dan kau mengizinkan ia.

 

Akhirnya, seorang lagi rakan Brotherhood of the Kings aku bakal menghabiskan zaman solonya. Dan, beberapa orang lagi yang lain dijangka akan menyertai beliau hujung tahun ini atau selewat2nya tahun depan.

Ok, mari aku bercerita sedikit tentang Otak @ Khamarul Arief bin Lahbudin @ Buden @ Maiden. Dia ni classmate aku masa tingkatan 5 Delima. Dia adalah ikon melompat sebab beliau adalah juara lompat kijang, lompat galah, lompat jauh dan lompat tinggi dan kalo tak silap, rekod lompat tinggi Daerah Kuala Selangor masih beliau yang pegang hingga hari ni. Seingat aku, dia tak de instructor dalam aktiviti melompat. Cuma, sehari sebelum dia pegi acara sukan daerah Kuala Selangor, dia naik turun tangga 4 tingkat hampir 30x. Esoknya, pecah rekod daerah. WOW!

Lebih dikenali dengan nama Buden (sempena nama ayahanda beliau), kami adalah antara 7 makhluk sesat di sekolah dulu yang mengambil subjek Pendidikan Seni sebagai subjek ke-10 dalam SPM. Maka, tak hairanlah bakat beliau dalam bidan seni (lukis, tulis dan musik) sangat hebat sehingga band beliau sudah tour Jepun dan Indonesia dan collaborate dengan band US.

Itulah Otak, orang yang mendorong aku mewujudkan Kapasitor: Artworks. Tahniah atas pertunangan anda dengan gadis bertuah Sykin di Kota Damansara.

p/s: Syahar, selamat hari jadi kepada kamu. semoga murah rezeki, dimudahkan segala urusan, beroleh zuriat yang terbaik dan selamat di dunia dan di akhirat.

Baca perbualan