Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Cinta & Perkawinan

 

Assalammualaikum...

Kekasih tak semestinya ada dalam setiap kisah hidup kita kerana dalam hati kita sentiasa ada Cinta..
Tak kira pada Tuhan Yang Maha Esa,Ibu bapa, keluarga atau insan lain...
Kita tak perlu terburu-buru mencari cinta, takut tersalah pilih merana diri pula...

Jue nak berkongsi satu cerita, harap kalian sudi membaca...

Suatu pagi yang dingin, seorang pelajar telah bertanya kepada guru falsafah mengenai Cinta & Perkahwinan...

Pelajar: Guru, Apakah erti Cinta? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?

Guru : Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana, berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian kamu ambillah satu ranting yang paling menakjubkan. Di saat itu bererti kamu telah menemui Cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak lama kemudian dia kembali dengan tangan kosong.

Guru : Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun?

Pelajar: Saya terpaksa memilih satu ranting sahaja sepanjang perjalanan saya. Saya telah terjumpa satu ranting yang amat menakjubkan tapi perasaan ingin tahu telah membuatkan saya mengambil keputusan untuk meneruskan perjalan & menanti apa yang ada di hadapan maka saya tidak mengambil ranting tersebut. Ketika meneruskan perjalanan, saya tidak menjumpai sebatang pun ranting yang menakjubkan maka terpaksa la saya pulang dengan tangan kosong.

Guru:  Ye itulah yang di namakan Cinta

Pada hari yang lain, pelajar itu bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan

Guru: Ada hutan yang sangat subur di depan sana maka berjalanlah kamu tapi jangan sesekali kamu berpatah balik. Tebanglah sepohon pokok saja dan pohon itu mestilah paling cantik, segar dan tinggi pada pandangan matamu. Maka itu bererti kamu telah menemui perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak lama kemudian, dia pulang dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Guru: Mengapa kamu memotong pohon yang bergini rupa??

Pelajar: Kerana berdasarkan pengalamanku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan
tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong maka saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa ke sini. Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

Guru: Maka kamu telah menemui perkahwinan..

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan lerlepas apa yang terbaik di depan mata anda. Jangan terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.


nukilan,

azwaj_zaujah

Baca perbualan